20.6.17

NEW ZEALAND : DAY 3

NEW ZEALAND  |  Day 1 - 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  |  Day 6  |  Day 7  |  Day 8  |  Day 9  |  Day 10 - 11  |  Video  |

24 APRIL - 5 MEI 2017

Hamilton - Taupo


Pagi ni roadtrip pun bermula. Apa yang penting? Kerjasama!!! haha bukan.. isi minyak dulu! Ok kt sini kalau nk isi minyak, tak payah serbu kaunter tak pakai helmet. Hang brenti ja kat mana² pam yang nk isi minyak tu pastu teruih isi ja fulltank.. sbb nk jalan jauh kan. Lps tu baru pi serbu kaunter kt dalam, bgtau ja nombo pam td & bayaq. Best kan? Org kt NZ ni mmg jujur belaka.. kalau kt Mesia ni.. aku rasa dengan pam² tu depa bwk balik rumah dah. 

Ok usai mengisi minyak.. ("usai" tuhh ayat hang.. haha). Perjalanan diteruskan.. Excited. Sebab first time drive waktu siang kt NZ, tak tau nak expect view apa. Ok.. so far so good.. nmpak langit mmg biru lain mcm, tak mcm kt Mesia... Pokok-pokok kt sini masih hijau, tak banyak lagi warna-warna autumn in my heart. Oh lupa nk habaq, trip kami ni boleh kata mid-autumn la.. org kampung kata musim luruh. Kiri kanan jalan boleh mula nampak ladang-ladang lembu kambing dah.. Pastu  dalam perjalanan tu kami singgah kt Satu pekan ni nama Tirau. Comel ja pekan ni.. Ada kedai yang diperbuat dari atap zink tu.. bentuk anjin. haha besaq. Kemudian kami teruskan ja perjalanan ke Huka Falls. Sebelum smp Huka Falls ni kami tersesat skit silap simpang, disebabkan itu kami pun jumpa kedai Manuka Honey, so singgah sat sebelum menuju ke jalan yg benar ke kawasan Huka Falls yang indah itu.


Roadtrip bermula. yahuuu

Langit cerah betoi

Pemandangan biasa kt sini, ladang lembu

Kt Tirau

Lg di Tirau

Masih di Tirau

Sejenis GPS.. JuePS

Tgk awan tuh

Lawa kan?

Langit NZ mmg lawa

Singgah kedai manuka honey

Smp ja kena maki.. Harey Mai buatpa?

Huka Falls

Huka Falls lagi

Lagi-lagi Huka Falls

Kami = KAm, Mami, Iwan

Area tu jugak

Seselpi

Dah pueh bergambar kt situ, kami sempat la picnic dengan makanan yang kami ada then terus pi cek in kt Haka Lodge Backpackers di Taupo. Nama ja backpackers.. tp terbaek.. dengan facilites yang lengkap.. siap ngan dapoq mcm restoran, tmpt bbq dll. Semua ni kami boleh guna. Bilik pun elok, selesa. Dpt view tasik Taupo lagi.. tak heran la hostel ni dpt rating 3rd best in the world.. berbaloi². Sebijik dalam website, gambar tak menipu.. K la xmau review hotel sgt, nk baca review hotel aku, p cari kat web Booking.com dengan TripAdvisor. 

So ptg tu kami meronda kat Lake Taupo, tasik terbesaq kt NZ. Kt sini juga lah ada Mekdi yang dpt title World's Coolest McD, sebab dia ada kapal terbang kt sebelah bangunan mekdi tu. Bukan just kapal terbang, boleh masuk n makan dalam tu sebab ada meja. Kemudian kami meronda lagi tgk kedai² yang ada.. sambil survey² cari kedai makan halal kot² ada. Ada weh!! 2 kedai plak tu.. tp sejenis kedai kebab arab la, mana p satu dunia pun kedai arab sure ada pny. So terjumpa 1 kedai souvenir yg bole tahan la harga tak mahai sgt.. sempat la membeli skit buah tangan utk family & kwn². So pada kwn² yg dpt souvenir dari kami tu.. kt sini la kami beli.. yg tak dpt tu jgn kecik ati, sila cuba lagi thn dpn ye.. hahahaha.

So lps tu kami cari kedai makan tadi.. maka dpt la makan nasi rega 15 doler.. ahaha tutup sebelah mata, order jaa.. Mlm tu kami ke Countdown utk cari bahan masak utk hari² seterusnya.. natang apa plak Countdown ni? Hehe ni pun sejenis kedai mcm Tesco gak.. kalau kat kt OZ depa panggil Woolworth. Suka betui geng² ni sopping groceries.. hahaha. Bkn apa, excited guna mesin self-check-out. Kt tempat kita di Malaya tu bukan ada benda² cmni.

Mlm tu balik main masak² kt dapoq masterchep hostel.. uih makin sejuk ja mlm ni. Tidoq pun bukak heater. So we call it a night.. zzz


View dr bilik uncle

Nmpk Lake Taupo

Nmpk tak?

Belajaq bahasa Maori

Sini la tempatnya

Haha.. najis

Great Lake Taupo

Tempek muka sebagai bukti dh smp

Lagie

Bukan Mekdi Biasa

Ada kapal terbang ok

World Coolest Mekdi katanya

Jalan-jalan Taupo

Melayu dan nasinya

Soping @ Countdown



--- BERSAMBUNG ---

Tips harini
  • Parking! Awat? pasaipa ngan parking? hehe.. Ok kt tempat awam, tepi² jalan tu mmg ada byk ja parking. Tp parking kt NZ ni ada byk jenih..
    • Berbayaq - Pakai mesin bayaq siap² brp jam then letak ja resit tu kat dashboard. 
    • Free tp ada time limit - Utk parking jenih yg cmni. tgk signboard akan ada nombo mcm 30, 60, 120.. Nombo² ni mula² kami ingat jumlah petak parking.. haha. Rupanya ramalan ku silap belaka. Tu sebenaqnya jumlah minit boleh park, jgn park lelama ok. Satgi saman sampai.
    • Free - Boleh park lama² smp berakaq & tumbuh pokok kt keta hang.
    • Free but no overnite parking - Sapa park tmpt ni mlm² smp esok pagi, nescaya kena saman. 

No comments:

Post a Comment