15.10.14

WEEKEND @ LANGKAWI

11 - 13 OKTOBER 2014

Trip last minit ja ni. Patutnya nak p 3 orang, tp Kam kena kerja pulak weken tu.. ada event nk kena shoot video untuk documentation, makanya (baca dlm sebutan drama sinetron) tinggal la aku ngan Mirul saja.. Apa de hal.. Redah ja..

Pi Day
Sabtu pagi, tiket aku dah beli dan dah check in minggu lepas. Si Mirul ni mentang² keja AirAsia, beli tiket last minit la kat konter. Nak dijadikan cherita, sejak mlm semalamnya, sistem AirAsia dan bebrapa airlines lain yg guna sistem yg mcm tu ada masalah skit, tak bole beli tiket, tak bole manage tiket, tak bole check-in.. mati lah aku kena p Langkawi sorang² dah.. So punya try kat kaunter tiket tu byk kali, last² sistem ok, terus la dia beli tiket time tu juga n lps tu sistem bengong balik.. selamat! RM30 tiket utk staf. Ala tiket aku RM39 ja.. haha darab 2 tambah 4 ringgit utk booking fee baru RM82/return ja. Habih mlsh tiket, terus masuk kat Gate B5 n boarding kapal terbang dengan muka Tun Dr Mahathir kt badannya. Nombo plet 9M-AFO. Xsmp stengah jam dah sampai. Ni gambaq dari Penang ke Langkawi.

MAS B737-800, 9M-MLL

Ni yang akan kami naik masa balik, 9M-AQH

Tun M - True Malaysian Livery, 9M-AFO

Gate B5

jerebu tebal

Dari seat 16F

Di awan biru

Dah sampai

Cantikkan design livery ni?

Airport Langkawi

Lps amik keta sewa kt Cikgu Det depan epot,  Cikgu Det ni selamba tp pelupa.. haha. Janji nk bagi  Picanto tapi bagi Myvi.. so sepatutnya bayaq RM120 dah jadi RM150 utk 3 hari tp tetap murah kan? Then terus drive ke Padang Matsirat makan tghri dulu sebelum check in hotel. Sori gambaq kedai x amik, kalau nak tau, kedai opposite foodcourt & dia guna bangku pelastik kuning. Yg best kt sini ada byk lauk gak, lauk bakar² pun ada.. ayaq free pulak tu.. dia letak atas meja bekas ayaq tu ada la dlm 4 jenis ayaq mcm kat kantin sekolah tu.

Jam 1.30 dah p check in kat hotel, xdak masalah sebab bilik dah ada. Hotel ni nama dia Tstar Cottage, bukan kt Chenang tp kt Pantai Tengah, betul² berdepan dengan Holiday Villa Langkawi. Konsep dia mmg mendekatkan kita dengan alam sekitar kononnya.. Ada 3 jenis design bilik, Moden, Spa & Kampung. Bilik aku design Moden, M11. So utk rating, boleh bagi  ★★★☆☆  la kot..  2☆ terpaksa ditarik balik sebab problem kici² mcm lampu yg tak cukup terang kat kawasan² tertentu pd waktu mlm, tangga kecik n licin kalau ujan dan juga mslh kici² yg lain. Pagi² ada monyet main lumba lari atas bumbung. RM190 utk bilik ekon 3 Hari 2 Malam. Overall tmpt ni best la jugak.

Laluan masuk ke bilik

Signboard dia

Tempat check in

Salah satu bilik dia

Jom tgk bilik aku.. M11

Tu lah dia.. abaikan lalat² terbang tu

Tangga naik ke bilik
Tmpt golek² di beranda

Bilik depan

Nombo bilik

Pintu bilik

Niat inson matakaji semar ngi sengg!!

Headboard merangkap partition

Bilik ayaq

Shower

View blkg jamban

Selimut

Bilik sebelah

Bilik sebelah jugak

Kolam ikan kat setiap blok

Signboard Tstar kat tepi jalan waktu malam

Ronda Day
Pagi² hujan lobat.. spoil la nk kuar awal meronda. Dlm kul 10.30 dh ok skit, terus drive p cari bekfes sambil mengimbau zaman muda² duk Langkawi (2001/02). Tetiba masa lalu kat depan OSKI di Pdg Matsirat tu, nampak ada org jual roti canai kt foodcourt depan tu. Ok la roti canai dulu la.. Rupanya roti canai ni spesel la.. Tgk gambaq² kat bawah.. Macam² jenis roti ada. Aku oder Roti Canai Daging Blackpepper, sekeping RM4 jerr. 

Roti canai satuu

Kasi terbang

Roti Canai Blackpepper in the making

Almost done

Siapp!! Amacam?

Teh tarik dan teh tolak!


Menu spesel


Habih makan, terus drive ke Langkawi SkyCab (Cable Car le), wajib mai kalu ada kt Langkawi ni, walaupun aku dah 4 kali naik haha.. dulu² masa tahun 2002, aku dah naik 2 kali, free pulak tu sebab masa tu hari perasmian dia oleh Tun M. So skrg tiket RM20, jgn lupa tunjuk IC tau, bangla tak dapat diskaun. Tp sblm tu singgah kat Petronas Pantai Kok yg cantik tu sat..

Sandy punya.. SugarGlider aku pun ada bot sndri

posing trademark dia

Awat aku nmpk pendek

marina

DSelpiLR - Selpi pakai DSLR hehe

Naik gondola

Tmpt picnik dulu², Telaga 7

View bejerebu skit

Station puncak

2 kali naik free katanya

sengih saja laa

2 org pun jadi la buat gila jugak

Sape berani naik yg tu aku belanja Pepero sekotak!

Kat atas 700m dr paras laut

Mengendap dari celak pokok


Lagi


Lepas turun tu terus ke Kuah, drive ikut jalan Tanjung Rhu, tapi sebelum tu singgah makan rojak sat kat pantai di Teluk Yu. Ni ada 1 fakta menarik, aku sorg ja ka yg perasan @ mmg betoi xpasti, sebab benda ni akan jadi hampir tiap² kali aku ngan geng² aku pi makan kat mana² kedai/gerai/lori, tak sampai 5 minit lps kami pi, mesti kedai/gerai/lori tu akan ramai kastemer pny lepas tu.. Muka Bawak Rezeki kot.. Kakak tu tadi dok tercongok sambil main henpon ja.. lps kami beli, terus kakak tu tak menang tangan dok motong buah buat rojak. Hehe.. tahniah kak! Lepas tu terus drive ke pusat sopping mak-mak anda.. Kompleks Hj Ismail, Idaman Suri & Langkawi Saga kat Pandak Mayah tuu.. Survey punya survey, sopping punya sopping, mcm² juga la yg diborongnya.. Mak aku nak Periuk Mejik, Mak hang nak Mangkok Kuih segala bagai.. hahaha cokelat pun tak kurang selori diborong nih.. haha.. Petang baru nak lunch.. haha

Seronoknya xpyh jd driver

hehe

Teluk Yu

Tudiaaa


Pusat sopping mak² dan kakak²

Petang tu tu singgah Pasar Malam Mat Sirat sat.. mengimbau kenangan lagi.. dulu jalan kaki tiap² petang Ahad lepas kelas nak cari makan kt sini.. Balik xlarat jalan, nak van Abg Zaki.. muahahaha.. mana la Abg Zaki lani, xingat muka dah. Malam tu lepak Chenang mcm biasa, mmg gila area ni skrg, x macam dolu² sopping Mall pun dah ada.. KFC, MekDi, Setarbaq, The Loaf Bakery semua dah ada kt sini.. Kuah dah xbest! Lps tu tgh malam dok cari kotak & masking tape kat Gecko Mini Market sebelah Aseanna Hotel, sebab nak packing barang yg beli byk sgt, pi Langkawi backpack ja, balik Penang mcm org nak pindah rumah, kotak² bagai. Siap packing.... tidoq!

Balik Day
Pagi ni saparan pelbagai cokelat, membeli sangat byk², hadap laa benda tuu haha. Dah siap² beg, kotak, kontena smua. Check out n tinggalkan sat barang² kat kaunter hotel. Terus ke Pdg MatSirat, p singgah umah tok lang.. tudia.. nk balik baru nk p cari bradik bradik.. Sembang la sat pastu p Beras Terbakaq sat nk cari Minyak Gamat tok aku pesan. Lps tu p lunch kat kedai kerusi kuning tu sekali lagi. Still awai.. flight balik kui 5 suku... Drive ke Kuah sat meronda, bulih terjumpa pulak Cikgu merangkap Bonda kami, Puan Hasnah Noh, berconference guru² besaq kat sini katanya. Then patah balik ke Chenang n lepak sat kat situ pulak.. Masuk The Zone kat Underwater World, ronda² sat. Dah tu ujan lebat pulokk.. nk ke airport sebelum kui 4. Tunggu ujan brenti kat MekKefe sat smp kui 2.50 ujan pun renyai, terus drive p amik barang kat hotel n terus p epot utk drop barang sekontena ni.. Elok time nk boarding ja, ujan punya lebat anjin kucin, nabib baik kotak dah wrap baguih punya... kapal ni plak, park punya jauh.. berpayung bagai laa nak naik flight, tu pun dah basah sekerat badan.. haha.. sorg dpt seat 15D, sorang 24A.. hujung² kampung tuu.. haha.. Yg best flight balik ni, crew kabin dia team dari Hub Penang, so semua kwn² Mirul la.. Apa lagi.. Leading FA tu offer dok kat  Hotseat la.. 14ABCDEF, pilih mana suka.. haha. sapa la yg nk bayar extra RM40 utk duk situ kan? ni dh dpt Free.. bila lagi? jgn tolak rezeqi hehe..  So dlm kul 5.45 dah smp Penang.

Kapal ni p KL kot

Yg ni TigerAir ke Sinyapora

Mellyndo ni p Subang

Setelah berbasah

Free Hotseat upgred by tu FA tu

Rimau ni dh sedia nak terbang

Babai epot kenangankuu

In flight dari seat 14F

Jiran sebelah, 14 ABC

Pulau apa ntah

Nak landing dah

Hai 9M-MLV


Trip ni mmg gambaq sikit sebab takpi@tak amik gambaq kat tempat² yg selalu dah pi mcm Dataran Lang, Underwater World, Pantai Chenang, Awana Porto Malai (Resort World nama skrg), Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu, Galeria Perdana, Makam Mahsuri, Telaga Ayaq Hangat dan Kilang Simen.. haha. 

Sekiannn...

--- TAMMAT ---