18.2.12

PULAU AMAN DENGAN STUDENT SKMH

16 Februari 2012

Wahh.. jalan lagi. Erm, jalan bukan sebarang jalan, ni pi atas urusan kerja, 2 in 1, research project Prof. Madya Dr. Zarina dan juga shooting utk video korporat ofis. Antara yg pi ialah Ayda, Faiz, Macha, Kak Baidah, Reezal, Ridzawan dan juga Dr. Z sndri la... van opis di pilot kan oleh Pak Ghani la. n Dr Z bwk keta sndri. So xpayah la cita pojek apa yg kami tgh buat ni.. tgk gambaq sudeh la.. 

Pagi tu kami bertolak dari opis dalam kul 830 pagi, berbekalkan coq keria yg di beli Ayda, kami bekfes kt dlm van ja. Cross jematan dan amik exit bukit tambun, jalan agak jem sbb hari bekerja. So lalu la depan Stadium Negeri Batu Kawan n terus ke jeti Pulau Aman. Sesampainya kt sana, Cikgu Azam, Cikgu Roslina (kalu x silap la), Cikgu Tamrin & Cikgu Irwan dah tunggu ngan anak² murid depa, 10 laki & 10 p'puan kalo tak silap.

So sementara tunggu bot, sempat makan bekal bekfes bihun goreng yang di bawak oleh cikgu² tu dan sempat buat sikit rakaman. Dok tengah shooting tu, ade la pulak brader ni yg ala² skru kurang sebijik, dok sembang, punya bercerita smp x larat nk layan, Azam ngan Tam la rajin dok melayan si sewel tu, aku dh malas dah, mula2 igt dia OK, makin sembang makin pelik² soalan dia.




Then pilot bot pun sampai, kami pun naik la bot nyeberang ke Pulau Aman, bot dia mmg tahap super siput la.. slow mo ja dia jalan.. haha tapi tak lama, dalam 15 minit ja kot dah sampai. Kami kena split the team in to 2 group, mula² budak² ppuan naik dulu dgn cikgu Irwan dan Cikgu Haslinda, then kami naik 2nd trip dengan budak² laki dan cikgu Azam & Tam. Sblm terlupa, tambang bot RM 6 (return).


Tu Dr. Z, Cikgu Azam & Cikgu Tam. 


Ni Kak Bai, the boys dan yg tgh shoot pakai ENG Camera tu Ayda.


Ni plak Reezal tgh shoot Faiz kat depan bot.




Sesampainya, kami di sambut oleh wakil kampung tu, Pak Akob, dia bawak kami p tgk sekeliling kampung. Tgk kt sini byk betul pokok sukun, pastu sayur mayur, labu dan macam² lagi. Dan rumah² penduduk kat sini kebanyakannya buat program homestay, so sapa yg berminat boleh la tido kt sini.





Pastu kami dibawak ke rumah akak yg buat belacan dan udang kering. So budak² ni pun mula la buat assignment depa, tangkap gambar, tanya soalan dsbnya.




  Ni kucin akak tu.. hehe


Lepas tu budak² ni dibawk tgk Telaga Mas, telaga semulajadi yg terletak btul² sebelah laut. air tawar dan air masin yg bersebelahan la kononnya. Dan OTW ke situ, bleh nampak Chalet yg diusahakan penduduk situ dan juga mcm² jenis pokok dan binatang.




Then kami p beli keropok² kerepek² dan belacan² yang dijual oleh penduduk kampung tu. Mostly kt sini semua penduduk buat perusahaan kecik². Then kami pekena mee udang besar² dengan air sirap yg harga cuma 8 hinggit, kalau kat Penang, xleh dapat la mee dengan udang yang fresh dan besar² semurah tu.




Dah abeh makan, kami kena balik ke opis dah, so kami tunggu bot dan balik semula ke Batu Kawan, sambil tunggu bot tu, kami bersembang² dengan satu pakcik ni (tokwan kot..) dia antara orang yg paling senior kat pulau tu, dia juga pak mertua Pak Akob.




So lebih kurang dalam kul 3 kot kami pun sampai la kat opis dengan bau²an ikan kering, udang, buah sukun dan kopok ubi.. hahahaha.. 

Sekian...

--- TAMMAT ---

16.2.12

ALISYA & CAMERON HIGHLANDS

11 - 13 Februari 2012

Haa. Tiap² bulan bejalan, mampoo? Hehe satu lagi destinasi yg  mmg bleh kata hampir semua rakyat Malaysia tau dan pernah pi ialah...degedeng.. gedenggg...gedengg.. (katok drum!!!) Cameron Highlands. 

Ok, kisah dia cmni, my family yg kurang satu anggota (beliau kat KL) pun memulakan pejalanan dengan memandu Cik Tam pada Sabtu 13 Feb, jam 12 tghri. Then kami lunch kt R&R Gunung Semanggol (Bkt Merah) cmbiasa la kan, wajib brenti kt sini tiap² kali ke Selatan semenanjung. Then terus drive smp exit Simpang Pulai.

Pastu pendakian pun bermula, dalam hujan renyai² dan jalan yg basah.. So kena la bwk slow n sangat berhati². Smp cameron, dlm kul 6 ptg dh, tgk pasar malam Berinchang pun dh mula, tp xstop la, p check in dulu kt Sri Juliana Chalet, x jauh dari tapak pasar malam tu ja pun. Bilik kami btul² ngadap kebun kobis kt bawah tu. Ni hah view dari bilik kami...







Malam tu dalam kul 8 kami pun p pasar malam cari makann... Dan esok pepaginya (12 Feb), mula la aktiviti yg tak lain tak bukan dan tidak asing lagi kalo ke cameron iaitu... tgk kebun teh la pa lagi? haha so xmo cita byk, ni gambar kami kat ladang teh BOH dan juga Cameron Valley.


Tudiaa.. mcm anak eskimo dh... hehe






Haa pastu lunch kt Tanah Rata and terus lagi ke MARDI.. sebut betul² MARDI bukan Marsha.. hehe. Ni pulak gambar bebunga dan lebah, hat tu ja yg ada kt mardi nih.. takkan nk tangkap gambar lembu kambing plak kot.




Then  satu lagi tempat yg wajib kalu ke Cameron, mesti p Kebun Strawberry la kan... takkan p kebun  nyoq kot? kan... Amacam meriah dak buah dia?


Ok malam tu kami p Dinner kat Tanah Rata pulak. Sambil membeli dan membelah t-shirt² utk budak² kat rumah yg tolong jaga rumah, bukak lampu dan jugak bagi makan kat kucin.

Keesokan paginya pulek (13 Feb), lps check out, kami pun  singgah la gerai² apa yg ada sepanjang jalan ke simpang pulai tu. Tapi ade satu tmpt yg menarik dan ramai x tau, iaitu Time Tunnel Gallery, menarik tempat ni, dia actually galeri peribadi tuan punya tempat tu, dia simpan koleksi macam² barang lama, dari gambar², matawang² lama, basikal, beca sampai la ke botoi² & tin² susu, haa senang cakap macam² ada lah... Tgk ja lah gambar² di bawah ni..






Meriah ke idak? Lpas tu kami ke Rose Valley kat Kea Farm pulak... Then singgah kat Market tepi jalan tu beli cendawan gureng tepong dia dan ubi keledek kukus yg sedap bangat. Boleh plak tgk ada org shooting drama Tamil kt depan tu.. Ni gambar² kat Rose Valley tu.





Lepas ke situ kami terus turun bawah dan terus drive beberapa jam ke Lumut, boring siot, punya la lambat nk smp. Sesampai nya di Lumut, singgah Teluk Batik makan bihun sup dia, dh xsebest dulu la, so lps makan p jalan² area Jetty. ni hah gambar sekitar Jetty tu.








Dan sblum balik singgah beli sate ikan, ikan kering, sotong dan lain² kat kedai yg besar depan shell di situ. Then terus balik ke hiway, dan yg paling tak best dgn journey kalini, dalam kul 1045 malam, dekat ngan exit Bukit Tambun, tiba² tayar lori yang di depan kami tu meletup, pastu satu satria yg baru overtake kami terlanggar serpihan tayar tu, dan serpihan tu melambung ke belakang dan jatuh betul² depan keta aku. Gilak ah, masa tu ayah aku yg drive, xsempat la nk ngelak, kalu ngelak pun lagi bahaya sbb kena masuk dalam fast lane. so kedebam la... rongak la bumper depan, terkulai2 cover dalam fender tayar depan sebelah driver, bumper blakang pun dh nk jatuh. mengong gila, terus la p buat laporan polis la apa semua, smp umah dh dekat kul 2 pagi. EL la pagi tu x pi keja. 

So, lps ni kalau drive kat hiway tu cuba elak dai ikut blakang lori... mengerikann!!!

Sekian...


--- TAMMAT ---