16.12.14

KONVO ASWARA @ KL

28 - 30 NOVEMBER 2014

Perjalanan bermula lebih kurang jam 930 malam selepas flight mak & ayah aku (AirAsia QZ 222) sampai dari Jakarta. Kami berkonvoi 3 buah keta dari Penang ke Puncak Alam. Honestly, aku mmg sangat² tak suka drive malam kat hiway PLUS. Sebabnya? Aku dh 2 kali eksiden waktu malam sebab ada serpihan tayar lori pecah di tengah hiway PLUS, lingkop bumper depan keta aku (Wish & K5 dua² dah kena) & ada sekali hampir eksiden sebab ada keta melintang kt lorong tengah dalam gelap masa tu aku penumpang ja. (bukan aku drive & bukan keta aku). Ok cukup, tutup cerita pasal kebencian teramat sangat aku terhadap hiway PLUS ni.

**nota tambahan, selapas aku menulis post ni, keta kwn aku, Nazz pulak kena langgar dengan bas Plusliner dari blkg kt hiway bertuah ni juga.. Tambah benci lagii!!

OK sambung balik cerita, kami berhenti rehat dan makan-makan di R&R Bukit Merah dan R&R Tapah sat saja utk ke toilet, then sambung perjalanan ke rumah makcik aku di Puncak Alam. Sampai sana lebih kurang jam 400 pagi. Siap nampak ada lori ikan terbalik kt exit hiway kat Puncak Alam. Habih la segala udang sotong bergelimpangan kat situ. Mengerikan tgk kecederaan yg dialami oleh seafood² terbabit.. Sob sob sob

Awal pagi dalam jam 630 pagi mak ayah aku dah bertolak ke KL dengan adik aku utk majlis konvo dia. Aku p lambat sikit dalam tghri lps budak Teja Alisya ni bangun, Tempat konvo tu kat Kompleks Kraf Jalan Conlay. Gambaq² di bawah ni adalah semasa di tempat kejadian.

Banner Convo

Streamer pulak

Manusia yg berkonvo itu

Dengan Mak Ayah

Folder Aswara

Logo Aswara yg smart

Depan porch Panggung Seri

Yg mengonvo lagi

Lagi satu

Panggung Seri Kompleks Kraf KL

Lalat haha

Teja Alisya Nabila

Lps dh settle mengonvo. Kami pun check in kt Dorsett Regency Hotel KL. Bilik so far ok, cuma sikit kecoh masa nak masuk parking bila yg jaga depan hotel tu kata parking penuh n suruh aku park keta tepi jalan dulu. Bila ada kosong baru nak call, katanyaa.. Oo NO NO NO la nk park tepi jalan. dah la ada construction atas kepala.. takpasai² kena keta aku kot. Bertekak punya bertekak dpt la masuk parking jugak. So, ni kat bawah ni gambaq² kt hotel tu.

View dr bilik aku

Satu lg

View dr bilik mak aku

Double Bed

TiVi & Meja mekap

Sopa

Syampoo & Sabon Cap Ayam

Bath tub stendet

Mangkok jambs

Ptg n malam tu tak lepak jauh.. dok merayau area Bukit Bintang & Pavillion ja cari makan dan merayau.. Bwh ni antara gambaq yg sempat di ambik.

Pasta Salman Khan

Mkn kt Fudcod ja

Pasta SeeFoot

Pokok Kisimas Pavi

Tangga pavi

Tangga lagi

dan lagi

ada lagi

masih lagi

Ok gambaq lain dah


Pavi ja

So esok paginya, (pagi la sangat..) tghri la. Lps checkout, kami terus drive ke IKEA. Mmg dh jadi kewajipan kalau mai KL mesti p IKEA, ada saja nk di belinya. Dah la cari parking punya susah, pastu nk mkn meatball IKEA la kononnya tp, manusia punya ramai mcm semut, so disebabkan kelaparan ya amat, terpaksa la melintas ke The Curve cari makan. Sesudah kenyang, sambung menyoping kt IKEA dan time dah pukul 500 ptg. Kami terus bertolak balik Penang. Hiway keta banyak, hijan lebat kt sesetengah tmpat dan kami sampai kt rumah lebih kurang jam 850 mlm. Alhamdulillah, selamat p & selamat balik rumah. Dan aku still benci PLUS hiway! Sekian...


--- TAMMAT ---