25.3.14

AL-FATIHAH BUAT MH370

25 MAC 2014

Assalamualaikum WBT.

Mereka bukan keluarga aku, mereka bukan sahabat handai aku. Untuk apa aku nak sedih & terkesan  dengan pemergian mereka? - iwan - 

*jgn speku.. baca dulu!


Gambar Sebenar 9M-MRO dari Airliners.Net


Dibesarkan di persekitaran lapangan terbang, saban hari aku menghitung kapal terbang naik turun tanpa jemu. Airport Penang tu dah macam taman permainan aku masa kecik dulu. Berbasikal dengan sepupu-sepupu ataupun adik untuk ke airport tanpa tujuan. Kami akan duduk di tingkap A&W di tingkat 3 (pada masa tu) utk tgk kapal terbang sampai la kena halau balik pekerja kat situ.

Minat aku terhadap kapal terbang mula terbentuk masa tu. Bunyi bising kapal terbang turun naik setiap hari, sikit pun tak rasa terganggu, walaupun tengah tido dan dinding kayu rumah lama bergetar-getar dek suara garau enjin yg kuat tu. Rasa ingin terbang dah lama aku pendam dari sekolah rendah, tapi kami bukan orang berada, boleh tengok jela dan dengar cerita pengalaman kawan-kawan... Dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah, ngidam tetap mengidam.. Aku nak terbang.

Umo 18 tahun (2001), pertama kali dalam seumur hidup aku naik kapal terbang. Eksaited tak kira. Naik MAS dari Penang ke Langkawi, percaya atau tak, aku masih ingat tambang lebih kurang RM44 saja sehala... Murah rupanya tambang MAS masa tu kalau di kira dengan gaji aku sekarang. Sejak dari hari tu, minat makin mendalam terhadap kapal terbang, aku akan ngadap internet berjam-jam, bukak website airliners.net, kaji kapal terbang. Aku boleh membezakan tiap2 jenis kapal terbang komersil dari Boeing 737 sampai la ke Boeing 777 dan 747. Dan juga dari Airbus 320  ke airbus 330, 340 sampai la ke Airbus 380 yang terbaru ni.

Dah kerja ni makin kerap aku terbang, tak kira urusan kerja ataupun jalan-jalan makan angin. Tak kira mana-mana airline, dari Firefly, AirAsia, AirAsia X, MAS, Thai, Vietnam, Laos semua aku dah naik. Sebenarnya banyak sangat kenangan aku dengan MAS sejak dari hari pertama aku terbang. Bila terkenang apa yang jadi pada MH370, buat aku sedih sangat, sebab aku mungkin salah seorang yang ada dalam tu. Aku selalu meletakkan diri aku di tempat orang-orang tu dan juga keluarga dorang. Macam mana perasaan dorg, hanya Allah yang tau.

Apa-apa pun sama-sama lah kita terutamanya yg beragama Islam untuk menyedekahkan Al-Fatihah buat mereka-mereka yang beragama Islam dan juga salurkan rasa simpati dan takziah buat kesemuanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam SAR dan aku harap kotak itam dapat dijumpai dengan segera sebab kejadian misteri ni, semua orang nak tau apa sebenarnya yang terjadi, kenapa kapal terbang boleh sampai ke Lautan Hindi sedangkan tujuan asal ke China dan akan lintas Laut China Selatan saja. 

Wallahu a'lam. Sekian. 
Al-Fatihah.

#MengenangMH370

9.3.14

JAMBATAN KEDUA PENANG

1 MAC 2014

Tahun 2014 menandakan suatu detik kebanggaan baru dalam kalendar pencapaian negara kita dengan pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ataupun yang dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang di ambil bersempena dengan nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Berkepanjangan 24 KM keseluruhan dengan 16.9 KM daripada keseluruhan panjang jambatan tersebut berada di atas air merentasi selat melaka yang menghubungkan Batu Kawan di sebelah semenanjung dengan Batu Maung di sebelah pulau. Ini menjadikan jambatan ini sebagai jambatan terpanjang di Malaysia dan juga di Asia Tenggara

Dah.. dah.. cukup dengan fakta-fakta, boleh baca sendiri kan? Xlarat nk karang ayat guna bahasa buku nih.. hehe.. Sehari sebelum hari perasmian dan juga 2 hari sebelum hari pembukaan, aku dah try p menjelajah jambatan ni. 28 Feb, Jumaat, selepas balik dari keja, lebih kurang kul 6.30 ptg. Kononnya nk naik jalan kaki nak bergambaq sebelum jambatan dibuka.. tapi malangnya, dpt naik sekerat ja.. disekat oleh anney rela. xpa la jadi lah.. esok lusa dh nak bukak pon.. 

Kat bawah ni ada la gambaq-gambaq sikit pada hari kejadian...

















Seminggu selepas dibuka, 9 Mac, baru la aku ada kesempatan nk drive sepanjang jambatan baru ni...  lepas lunch kt Pen Mutiara Batu Maung (ramai betoi manusia sejak jambatan dibukak ni.. tol pun free sebulan gitu). Drive pun slow ja tetengah hari rembang... nk tgk-tgk pemandangan yg bulih nampak sepanjang jambatan, mmg panjang la.. terasa lama btol drive atas tu.. Actually drive mula dari Bt Maung ke Bt Kawan then patah balik ke Bt. Maung. Ok dah done! Kompem x dpt sijil pengguna jambatan terawal.. hehe.. Rakyat Penang yg terlambat naik jambatan. Xpa la janji dh merasa. ok le tu.. nnt bebila try drive malam plak... well, free sebulan kan? hehe ok la kat bawah ni ada gambaq masa atas jambatan tu.. sikit ja n kualiti pun nan hado sbb guna tablet ja amik sendiri, x leh pakai dslr, satgi xpegang stereng plak. hehe.. 














ok la.. itu saja laporan tentang Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dari saye!


--- TAMMAT ---