Tahun 2014 menandakan suatu detik kebanggaan baru dalam kalendar pencapaian negara kita dengan pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ataupun yang dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang di ambil bersempena dengan nama Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14.
Berkepanjangan 24 KM keseluruhan dengan 16.9 KM daripada keseluruhan panjang jambatan tersebut berada di atas air merentasi selat melaka yang menghubungkan Batu Kawan di sebelah semenanjung dengan Batu Maung di sebelah pulau. Ini menjadikan jambatan ini sebagai jambatan terpanjang di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.
Dah.. dah.. cukup dengan fakta-fakta, boleh baca sendiri kan? Xlarat nk karang ayat guna bahasa buku nih.. hehe.. Sehari sebelum hari perasmian dan juga 2 hari sebelum hari pembukaan, aku dah try p menjelajah jambatan ni. 28 Feb, Jumaat, selepas balik dari keja, lebih kurang kul 6.30 ptg. Kononnya nk naik jalan kaki nak bergambaq sebelum jambatan dibuka.. tapi malangnya, dpt naik sekerat ja.. disekat oleh anney rela. xpa la jadi lah.. esok lusa dh nak bukak pon..
Kat bawah ni ada la gambaq-gambaq sikit pada hari kejadian...
Seminggu selepas dibuka, 9 Mac, baru la aku ada kesempatan nk drive sepanjang jambatan baru ni... lepas lunch kt Pen Mutiara Batu Maung (ramai betoi manusia sejak jambatan dibukak ni.. tol pun free sebulan gitu). Drive pun slow ja tetengah hari rembang... nk tgk-tgk pemandangan yg bulih nampak sepanjang jambatan, mmg panjang la.. terasa lama btol drive atas tu.. Actually drive mula dari Bt Maung ke Bt Kawan then patah balik ke Bt. Maung. Ok dah done! Kompem x dpt sijil pengguna jambatan terawal.. hehe.. Rakyat Penang yg terlambat naik jambatan. Xpa la janji dh merasa. ok le tu.. nnt bebila try drive malam plak... well, free sebulan kan? hehe ok la kat bawah ni ada gambaq masa atas jambatan tu.. sikit ja n kualiti pun nan hado sbb guna tablet ja amik sendiri, x leh pakai dslr, satgi xpegang stereng plak. hehe..
ok la.. itu saja laporan tentang Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dari saye!
--- TAMMAT ---
No comments:
Post a Comment