23.7.14

AL-FATIHAH BUAT MH17

23 JULAI 2014

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya Allah.. Berat sungguh dugaanMu buat hamba-hambaMu. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah. Ampunkanlah dosa-dosa kami. Amin.


9M-MRD yang sebenar dengan Livery Heliconia "Freedom of Space"

17 Julai, 7 pagi. Masa nak drive ke opis, mcm biasa buka radio la.. Dengar suara DJ lain macam nadanya.. Dari ERA FM, tukar channel ke HOTFM, sama juga nadanya... Hati yang tadi ceria dah mula berdebar, kemudian terdengar perkataan MH17. Ya Allah.. Takkan lah? Sekali lagi? Rupanya betul. terhempas lagi, kali ni ditembak. Terus mengalir air mata aku sepanjang perjalanan ke ofis. Tak dapat kubayangkan mcm mana benda ni boleh jadi sekali lagi.

Tak perlu la aku ceritakan semula atau kongsikan apa yg terjadi kerana semua sudah sedia maklum akan tragedi malang ini. Harapan aku, agar semua jenazah dapat di bawa pulang ke negara masing-masing dan biarlah perginya mereka ini bertanda dan berkubur untuk diziarah dan dikenang, bukan seperti MH370 yang hilang entah kemana. 

Kejadian kali ini juga sangat menyedihkan bila ada di antara mangsa adalah orang-orang yg kita pernah kenal dan tau siapa keluarga yang ditinggalkannya. Harap keadilan yang sepatutnya diberikan kepada mangsa dan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan antarabangsa.

Akhir kata, Al-Fatihah disedekahkan buat mangsa yang beragama Islam dan takziah kepada mangsa yang lain. Harap roh-roh mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Semoga keluarga mereka tabah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

#PrayForMH17
#JusticeForMH17
#RememberingMH370
#PrayForGaza