Haa. Tiap² bulan bejalan, mampoo? Hehe satu lagi destinasi yg mmg bleh kata hampir semua rakyat Malaysia tau dan pernah pi ialah...degedeng.. gedenggg...gedengg.. (katok drum!!!) Cameron Highlands.
Ok, kisah dia cmni, my family yg kurang satu anggota (beliau kat KL) pun memulakan pejalanan dengan memandu Cik Tam pada Sabtu 13 Feb, jam 12 tghri. Then kami lunch kt R&R Gunung Semanggol (Bkt Merah) cmbiasa la kan, wajib brenti kt sini tiap² kali ke Selatan semenanjung. Then terus drive smp exit Simpang Pulai.
Pastu pendakian pun bermula, dalam hujan renyai² dan jalan yg basah.. So kena la bwk slow n sangat berhati². Smp cameron, dlm kul 6 ptg dh, tgk pasar malam Berinchang pun dh mula, tp xstop la, p check in dulu kt Sri Juliana Chalet, x jauh dari tapak pasar malam tu ja pun. Bilik kami btul² ngadap kebun kobis kt bawah tu. Ni hah view dari bilik kami...
Malam tu dalam kul 8 kami pun p pasar malam cari makann... Dan esok pepaginya (12 Feb), mula la aktiviti yg tak lain tak bukan dan tidak asing lagi kalo ke cameron iaitu... tgk kebun teh la pa lagi? haha so xmo cita byk, ni gambar kami kat ladang teh BOH dan juga Cameron Valley.
Tudiaa.. mcm anak eskimo dh... hehe
Haa pastu lunch kt Tanah Rata and terus lagi ke MARDI.. sebut betul² MARDI bukan Marsha.. hehe. Ni pulak gambar bebunga dan lebah, hat tu ja yg ada kt mardi nih.. takkan nk tangkap gambar lembu kambing plak kot.
Then satu lagi tempat yg wajib kalu ke Cameron, mesti p Kebun Strawberry la kan... takkan p kebun nyoq kot? kan... Amacam meriah dak buah dia?
Ok malam tu kami p Dinner kat Tanah Rata pulak. Sambil membeli dan membelah t-shirt² utk budak² kat rumah yg tolong jaga rumah, bukak lampu dan jugak bagi makan kat kucin.
Keesokan paginya pulek (13 Feb), lps check out, kami pun singgah la gerai² apa yg ada sepanjang jalan ke simpang pulai tu. Tapi ade satu tmpt yg menarik dan ramai x tau, iaitu Time Tunnel Gallery, menarik tempat ni, dia actually galeri peribadi tuan punya tempat tu, dia simpan koleksi macam² barang lama, dari gambar², matawang² lama, basikal, beca sampai la ke botoi² & tin² susu, haa senang cakap macam² ada lah... Tgk ja lah gambar² di bawah ni..
Meriah ke idak? Lpas tu kami ke Rose Valley kat Kea Farm pulak... Then singgah kat Market tepi jalan tu beli cendawan gureng tepong dia dan ubi keledek kukus yg sedap bangat. Boleh plak tgk ada org shooting drama Tamil kt depan tu.. Ni gambar² kat Rose Valley tu.
Lepas ke situ kami terus turun bawah dan terus drive beberapa jam ke Lumut, boring siot, punya la lambat nk smp. Sesampai nya di Lumut, singgah Teluk Batik makan bihun sup dia, dh xsebest dulu la, so lps makan p jalan² area Jetty. ni hah gambar sekitar Jetty tu.
Dan sblum balik singgah beli sate ikan, ikan kering, sotong dan lain² kat kedai yg besar depan shell di situ. Then terus balik ke hiway, dan yg paling tak best dgn journey kalini, dalam kul 1045 malam, dekat ngan exit Bukit Tambun, tiba² tayar lori yang di depan kami tu meletup, pastu satu satria yg baru overtake kami terlanggar serpihan tayar tu, dan serpihan tu melambung ke belakang dan jatuh betul² depan keta aku. Gilak ah, masa tu ayah aku yg drive, xsempat la nk ngelak, kalu ngelak pun lagi bahaya sbb kena masuk dalam fast lane. so kedebam la... rongak la bumper depan, terkulai2 cover dalam fender tayar depan sebelah driver, bumper blakang pun dh nk jatuh. mengong gila, terus la p buat laporan polis la apa semua, smp umah dh dekat kul 2 pagi. EL la pagi tu x pi keja.
So, lps ni kalau drive kat hiway tu cuba elak dai ikut blakang lori... mengerikann!!!
Sekian...
--- TAMMAT ---
No comments:
Post a Comment