28.1.12

CNY2012 EDISI PENANG KIA

23 Januari 2012

Tong Totong Tong Chiangg....Prapppp papp pappp Kebabomm *bunyi mercun edisi raya cina, kalau raya melayu kena bunyi cmni, "dam dam dum, bunyik mercun, kanak² datang berduyon²".

Aha.. tahun ni kami tak plan kemana² masa CNY pun, 2010 kat Cameron Highlands (trafik jem teruk beno), 2011 kat Hatyai (trafik jem jugekk kat kompleks imigresen BKH.. nyampah taw). So 2012 kami decided utk merayakannya di Penang saja.. (macam la kami yg raya kan...). Hehe.

Ok pada mulanya, xterpikir pun nk kemana²... nk duk umah saja, tapi plan ni datang tiba² masa balik dari RedBox on my besdey, sehari sblmnya. Aku terlintas kt kapla otak utk buat night shoot kt Kek Lok Si Temple, slps tertgk satu posting kat fb. Gambar yg dia post mmg meriah la.. temple tu dipasang lampu memacam warna, kalah i-City Shah Alam tu.. so plan nk p ngan Kamarul jela dorang, memandangkan kami dua ja yg ber DSLR dalam grup kami ni. tetiba Jue nk folo, n kebetulan Epoll free ptg tu, so ajak dia skali la.

Ok pada petang kejadian, kami berkumpul kat USM dalam jam 6 kot, tunggu Jue mekap jadi la 6 lebih.. haihh pompuann... Lpas tu kami p makan kt seagate, dh tak best dh tmpt ni, nmpak pun cm boring ja, tp lapar punya pasai, meggi goreng satu, teh o ais limau satu. Pastu kamarul tetiba dpt ilham, dia ajak p shoot kat Jeti Teluk Tempoyak, ermm.. memandangkan hari Isnin, kedai ikan bakar situ totop, so parking xdak la susah. Kami pun dpt la amik beberapa keping.





Punya shoot, smp gelap.. dh la jeti tu goyang² lobang² baik punya.. nk patah balik dh la terhegeh² satu macam, siap kena main langkah² satu kapel ni tgh gaduh sakan tgh laluan org ramai... dlm hati aku, "ish budak² ni, sesenja gini pun nk gado tgh² laut ka? kang ada yg mati kena tolak masuk dlm tu kot?" so kami pun terus la p naik keta, singgah kat Masjid Negeri sat utk solat maghrib, pastu terus p ke Kek Lok Si... 

Ala meimei... jem jugekk.. apa nasib kena jem juga CNY kat Penang ni. takpa demi sekeping foto, gigih nih harungi jem, walopun dh hampir putus asa sbb takdak parking. Lps pusing satu round kat pekan ayer itam tu, tetiba nampak satu petak kosong, alhamdulillah, rezeki kami, terus park n kuar jalan kaki panjat bukit nk ke Kek Lok Si.. ala dugaan.. ujan la pulekk, cmno la nk amik gambo dlm ujan? so tunggu lagi smp la ujan tu seriyat skit.

Nih... Jue mekap lawa² kena panjat bukit pulak... wanita gigih sangat... haha ado aku kesah, nak ikut sangat kan.. haha. So dapat la shoot beberapa keping gambaq lampu² dan tanglong² kat situ yg sangat meriah, walopon kami 4 org ja muka melayu kat situ.. haha kesah apa aku, ni kan Malaysia, saling hormat menghormati sesama kaum dan aktibiti mcm ni la, buat kita kenal budaya kaum lain, tak salah kan? So aku harap rakan ² kami dari kaum² lain pun sependapat dengan kami.






Lpas tu kami pun terus la ke Padang Kota a.k.a Esplanade, ramai juga orang, kali ni lebih meriah sbb ada Cina India Melayu Banggali (CIMB hehe) dan lain². Sonok tgk budak² main lastik lampu². Ado yg heret kucin... Ado juga yg picnic.. siap tido² tgh padang lagi.. ala² kt luar negara, bezanya kt luar negara org lepak kt tgh padang siang² tp kt sini kalau tido² tghari kt padang tu, konfem org cakap otak dia masuk ayaq.. panaih oii.



Hehe.. Sambil bergambaq sambil bersembang², jam pun dah kul 12 lebih dah, so kami continue ke destinasi last, jambatan Penang. Tapi sblm tu tersinggah plak tepi Hiway Tun Dr Lim Chong Eu (nama lama beliau, Jelutong Expressway) and main long shot, amik lights trail kt situ.


Lepas tu kami pun masuk bawah jambatan, ikut jalan depan kedai Kak Sotong, Idrus & Nurul Ikan bakar, terus ke bawah jambatan. Tak sangka kul 1 pagi pun ramai lagi, ada yg mancing, ada yg picnic, ada yg duduk² saja.. almaklumla coti kan. so burjaya la kami mendapatkan beberapa lagi kepingan gambo jambatan seperti yg berikut,





Haaaa.... selesai bergambo baru ingat lapo... So kami pun lepak la sat kat Khalel Ivory Plaza sambil pekena Nan Cheese ngan Tandoori sambil tgk Laksamana Do Re Mi.. Zam zammm.. Ala Kazammmm... Pastu kami pun pulang ke teratak memasing dengan hari yang gumbira... *konon*

Sekian....

 --- TAMMAT ---

2 comments:

  1. Gong xi fatt choy..ala..ingat baca hang punya post, ingatkan hang pegi cameron untuk lari drpd cuaca yg super panas...

    ReplyDelete
  2. haha... super panas duduk dalam aircond saja lah..

    ReplyDelete