21.6.16

SYDNEY 2016 : DAY 1

SYDNEY  |  Day 1  |  Day 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  |  Day 6  |  Day 7  |  Video  |

30 MEI - 5 JUN 2016

Macam Amazing Race.. tu yg boleh aku cakap pasal trip kalini.. Cerita bermula subuh² 31/5 senin. Kam patut start "race" ni dengan fly ke KL dgn MH kul 7 pagi & connecting kt KL dgn MH gak kul 9 lebih gituh, Jue akan naik flight yg sama dr KL. Tp flight Kam dr Penang dh kena reschedule ke 1030 pagi n connecting flight dia kena ubah ke 1140 mlm, dh sama time ngn flight AAX aku plakk. Kaluit aku lari ke airport pagi² buta dengan tak mandi nk tgk apa aku leh buat supaya Jue xfly sorg² dr KL ke Syd. Malangnya nk tukaq tiket kena seribu lebih. Dengan tawakalnya.. Jue fly sorg² pagi tu.. adeh. Kam pulak dpt hotel kt Nilai, sebagai ganti MAS dah menge-miss-kan connecting flight dia.


Aku ngan mirul plak fly dgn AK dari Penang jam 620 ptg dan D7 (AAX) kami fly 1145mlm dari KLIA2. Kami dok kt penang lg, Jue dh smp Sydney. Walupun gelabah bewak, sbb Kam kena naik flight lain, wanita tabah ni tetap sampai ke hotel malam tu dengan selamatnya. Alhamdulillah.

So mlm tu flight kami D7 ngan MH fly lebih kurang waktu yg sma. 8 jam dalam flight.. perrrghhh herott.

PEN A'port

Nak dropbeg @ KLIA2

Depan Gate dh ni

Ok dh board. Seat row 10

Supper time

Baru nak lena dah pagi


Y I love window seat on an overnite flight


Klik sini utk cerita hari kedua, selepas kami sampai Sydney.

Tips & Bajet
  • Nk p Oz wajibun kena ada visa (ETA). Boleh apply online jer kt website Imigresen Oz atau melalui travel agent kt Mesia ni. Kami apply visa kt sini. www.australiavisa.my murah ja RM25 sorg. Kalau kt website Imigresen Oz, AUD20 sorg.
  • Org Mesia klu travel mmg suka bawak stok makanan mcm nak bukak kedai runcit kt luaq negara. Utk Oz, berjaga lah ampa. Kastam depa strict, segala macam makanan xleh bwk, termasuk milo 3 in 1 tuu.. Apatah lagi kari hayam, rendang lumbu cap berahim pendek tuu.. Megi ok! Pendek kata (pendek lagi...) makanan yg ada cengkih, susu, daging, tulur dll semua xleh. Kalau terbawak juga, sila declare dlm borg kastam. Busuk-busuk pun kena rampas ja barang tu. Klu x declare, sila sediakan AUD350 sebagai derma ikhlas utk kastam depa.. DENDA!

--- BERSAMBUNG ---

No comments:

Post a Comment