29.1.14

KOREA : DAY 5 - WINTER SONATA & TRICK EYE MUSEUM

KOREA   |  Day 1  |  Day 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  |  Day 6  |

22 JANUARY 2014

Naege ol su eopseul georago ijen geureol su eoptdago... Sapa tau lirik lagu ni? Haa... tu la ampa tak reti, asik nyanyi versi Cik Mimi Berjanggut (Hazami) ja... Huhu... Harini kami akan ke Namiseom @ Nami Island @ Pulau Winter Sonata! Eksaited.. harap ada lagi belen² salji hari senin aritu...

Memulakan perjalanan harini mcm biasa dari stesen Singeumho (Line 5 - pepel), then kami kena transfer ke Line Jungang (kaler biru-ijau-gelap(bukan Limah Jongang) kat stesen Wangsimni, dan turun kat stesen Sangbong dan kemudian kena transfer ke (Line Gyeongchun - kaler biru-ijau-muda), stesen dia above ground tau, pastu kena turun kat stesen Gapyeong. Total journey dalam 63KM++ dan lebih kurang sejam stengah kot. Yg best naik tren Line Gyeongchun ni.. dia jalan atas tanah, x mcm tren lain, semua bawah tanah, so semua view kampung², pekan² dan bukit-bukau yang santik² belaka kita dapat tengok.

Gyeongchun Line Tren

Dalam tren

Pakcik² Korea tgh watsap grup kot

View sepanjang jalan

Bukit-bukau

Lagi

Dah smp stesen Gapyeong

Tren nk gerak

Tren pun blah

Sampai kt stesen Gapyeong, boleh nampak taxi stop, dan teksi² dah berderet bersusun² depan tu, kami naik ja teksi yg paling depan sekali, cakap kt ahjusshi (pakcik) tu, Ahjusshi, Namiseom juseyo (pronounced as nami-som jue-say-yo') maksud dia, "pakcik, antaq cek pi pulau nami,  pelisss!!" Pastu dia set meter, start dengan ₩3000, pastu meter dia naik ₩100 setiap beberpa kilometer kot. Bila smp kat depan jetty pulau nami, kami kena bayaq ₩3300 utk satu teksi yg kami share 3 org, so kami naik 2 teksi la utk ke situ sbb kami 6 org. Bila dh sampai, kat depan tempat parking tu boleh nampak menara zipwire sebelah kiri dan kaunter tiket kat sebelah kanan.

Stesen Gapyeong

Sebelum naik teksi

Dalam teksi ke Nami 

Signboard Pulau Nami

Grandeur

Zip-wire tower

Macam-macam bendera

Jalur Gemilang

Lagi menara zip-wire

Then kami beli tiket feri merangkap entry visa (visa lah sangat), rega sorang ₩8000, then terus jalan ke arah feri yg tgh menunggu, yg best org yg koyak tiket tu tanya kami mai dari mana? in english la k.. jgn lurus bendol sgt. Bila kami cakap dari Malaysia, dia terus cakap Selamat Datang!  then org yg jaga feri tu dok panggil suruh masuk cepat² sbb feri dh nak jalan. Masuk ja, teruih feri jalan. Dari jetty tu ke Pulau Nami, tak jauh pun, dalam 10 minit ja kot.

Mai nk bg info. Nami tu sebenaqnya sebuah pulau buatan, berbentuk daun dalam Sungai Han. Ramai yg ingat dalam laut.. no no no.. sungai ja dik non! Tasik pun bukan! Tapi sungai tu membeku la masa kami kt sana, naik feri boleh tgk kepingan² ais dok terapong² dalam sungai tu.. permandangan yg xpernah kami tgk! Menarik dan sejuk tak terkata! haha

Dah sampai

Jom beli tiket

Konter nya

Map Pulau Nami

Entrance

Tiket kami

Jetty

pemandangan kt sini

feri nami

satu lagi

Kepingan ais

lagi kepingan ais

Ok so dh sampai la kat Nami, jalan² pusing pulau tu sambil tangkap² gambaq banyak². Lorong² berpokok² yang ditutupi salju.. oh my english.. sangat lawa.. tak rugi mai musim winter ni.. dah jalan keliling pulau yg tak berapa besaq ni, maka isyarat lapaq pun dibunyikan oleh perut masing². Hah, kalau dh ke Nami, tak sah kalau tak makan Dosirak ataupun Nasi Goncang yg femes mengalahkan Aaron Aziz tuu.. hampagas betoi, punya kompius nk cari kedai dia.. ikut map x jumpa², bukak tenet search pun xjumpa juga... last² tanya kak jual kueh kt situ.. dok sebut kat dia Do-si-rak. haram smp ke sudah dia x paham.. last² tunjuk gambaq nasi tu dlm henpon kt dia.. dia kata Oooo.. To-sirakk  sambil tunjuk isyarat jalan terus dan belok kiri.. hadoiiyai.

Nasi goncang ni simple ja isi kandungannya, Nasi panas² dalam bekas tin, pastu lauk kimchi & teloq mata ₩5500, lagi 2 option, ada tambah tuna & lg satu ada cheese₩6500 reganya. Cara nk makan, amik glove kaler terang benderang yg dia sediakan tu.. tutup bekas tu rapat² dan goncang sampai bergegar kepala otak hang! pastu bukak dan makan... Jangan lupa try Kimchi Phajeon @ Penkek Kimchi, ₩8000 satu tray.. boleh share². Haa.. satu lg yg best kt korea ni, kebanyakan kedai dan tempat makan mcm foodcourt akan sediakan mesin ayaq dengan cups.. free ja dan kita boleh refill botoi² mineral yg kita usung tu..

Gate dia

map pulau

Bangku tepi sungai

Petunjuk arah

Tepi sungai

Umah orang asli kot

Jalan ketapi nami

Tepi kolam

Macam-macam bahasa

Sekadar hiasan

Dosirak: Mula² pakai glove tu

Pastu goncang² cmni

Boleh bukak glove dah

Tadaaa.. Jemput Makan

Jangan lupa oder Kimchi Phajeon

Ni la rupa kedai dia

Pintu masuk

Tepi kedai tu ada benda ni

Ok dh habis bergoncang, sambung shooting² sambil jalan² tepi Sungai Han  yg beku tu. tetiba Jue mcm eksaited semacam.. Rupanya dia nampak retis febret dia.. No no no... bukan retis kepop, sekoq haram kami x kenai kalau kepop. tapi dia nampak Nazim Othman.. ayooo kakak sudah tingtong la nampak retis febret dia.. Depa tgh nk shooting kt sungai yg beku tu.. Nk tangkap gambaq sama², dia xbrani kaco org tgh keja.. amik zoom dari jauh jela.. tu pun hepi tak hingat.. haha terokk!! Turut berada ditempat kejadian ialah Afiq Muiz & Tasha Shila.  Dh puas bg dia meroyan sekejap, kami pun usung la dia balik ke feri then naik teksi ₩3000 (murah skit la pulak) ke Stesen Gapyeong! Tak sampai 3 menet, tren ke Sangbong pun sampai.

Promosi Malaysia lah

Kedai Souvenirs 

Memori Winter Sonata

Metasequoia Lane yg femes tu

byk pokok bersusun

dan lagi

lagiiii

tepi sungai, belakang tandas hehe

kat depan sana tu la Jue jumpa Nazim

Pentas apa ntah

sungai beku lagi

Dalam K5 ke Gapyeong

Dari Sangbong, kami pun sambung perjalanan kami ke Stesen Hongik Universiti (Line 2 - Exit 9) hehe.. Tujuannya ialah mencari Ice Museum & Trick Eye Museum. Tempat ni mmg sempoi, lukisan flat ja kt dinding dan lantai, bila amik dari sudut² tertentu, akan nampak timbul.. 5 bintang! Ok tiket masuk utk kedua² muzium ialah ₩15000.  Mahai sikit tapi best dan berbaloi la! Jemput enjoy gambaq² yang banyak gila kt bawah ni ye...

Ice Museum ni kecik ja

Dapoq ais.. uuuu

Katil pun ais

Nak lagu apa?

Aiskrim tembikai ni besaq oo

Ok masuk Trick Eye Plak

Tajuknya kt atas tu

jatuh dah budak ni

Ooo main tipu aa?

ampun bang jangan bunuh saya

Omak kau...

kasi penuh beg.. satgi kita soping

tak muat tangan ni

picnic sat

gergasi apa ni?

Gedembai

Bersubahat nih

Keturunan cicak plak

Akulah David Blaine

Sailormoon suka rehat kat sini bila free

Nenek kebayan & pembantunya yg kejam

MOKnalisa hehe

penat kena renyuk cmni

haram xbleh minum

Tumpang pi sekolah sama bleh?

paipon panjang gila

Tolong akuuuuu!!!!

Duk diam² nnt naga tu fire

Siot, jilat pungkoq aku ka naga ni?

No no photo plz

rejekiii.. rejekiii pakk

ni lagi terer, bukak bank safe

woo woo nak jatuh

Toyol terperangkap haha

rambut retro punya

best main guling² ni sama²

Sentap panda tu aku panjat lg tinggi

Xbleh share aaa.. aku punya

patah tengkok tu satgi

lambung u sampai atas pokok nak?

wal fadang fasirun

wal tomfok² taik untaa!!

Hehe.. Dah puas berimaginasi terlampau, kami ke station Dongdaemun History & Cultural Park. LAGII!!! hahaha tempat soping febret kami kt sana. Tujuan nk perabih ₩on yg byk lagi ni.. sebab esok awai² pagi nk balik dah. So sopping puas² dan balik ke hostel utk dinner & packing beg. Siap packing beg dah jam 2 pagi.. tidoq sat saja pastu nk kena bangun kui 4.30 pagi.. kompem bengong la kepala aku esok sbb tak cukup Zzzz!

Sambung ke hari berangkat pulang..  Jemput klik kt sini!

Tips harini :
  • Ramai kata bila kita pi tempat sejuk, baik umah kulit putih sikit la.. tipu ah, suhu ja sejuk, tapi cahaya matahari tetap ada, sinaran UV tetap menusuk kulit kita, so jgn lupa pakai ja apa² pelembab kulit @ moisturiser yg ada SPF. Xkira SPF 25 ka 50 ka SPF 99 sekalipun kalau ada juai, pakai ja... Ingat p Pulau Perhentian ja kena pakai sunblock ka? Pulau Nami pun kena  pakai tau.
  • Udara sejuk di Korea ni kering skit... so kulit kita esp. muka akan jd kering gila.. smp merekah bibir, hidung terkopek². So pakai la LipBalm/Gloss/Stick yg melembab bibir. Pakai Vaseline Petroleum Jelly pun takpa... Tp jgn bwk Vaseline yg lebih dari 100ml masuk cabin flight international, nnt kena rampas plak. Yg kecik tu xpa...
--- BERSAMBUNG ---

2 comments:

  1. Bestnya...drama korea terbaik!!!...gambaq2 3D tu yg tak menahan...adoi..sakit peyot!!

    ReplyDelete
  2. seronok melayan lukisan-lukisan 3D kat sini cikgu.. macam2 ada... kira bayaq mahai2 tak rugi la...

    ReplyDelete