28.1.14

KOREA : DAY 2 - ISTANA LAMA, HANOK & DONGDAEMUN

KOREA   |  Day 1  |  Day 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  |  Day 6  |

19 JANUARY 2014

Good morning Korea. Sejuk dak? Sangat!!! Suhu pagi ni lebih kurang -9°c, saya ulangi NEGATIVE SEMBILAN! Salji? takdak lagi.. ok fine, sabar menanti, kuasa Allah SWT semua ni.. tapi ikut weather forecast, mlm satgi salji mungkin akan turun.. xpa² sabaq je.. kalau ada rezeki nk tgk, insyaAllah ada la tu...

Peti ais mak aku pun kalah

Ok lps bersarapan, yg kami bwk sendiri dan juga yg hostel sediakan (roti & jem stoberi sebalang), kami pun mula la aktiviti hari kedua dengan ke Changgyeonggung Palace, turun di Stesen Hyehwa (Line 4 (biru gelap)- Exit 3). Berbelkalkan bantuan, Gugel Map, WAZE & Free WiFi, kami pun cari jalan dan teroka lorong² kecik, naik turun bukit, utk sampai ke tempat ni. Berkat keterroran kami, xsesat pun. hehe riak plak. Rega tiket ₩1000 sorang. Murah jaa.. dalam RM3.15 ja.


Papan kenyataan hehe

Depan entrance Changgyeonggung

Tiket sewibu won

Dah masuk dalam

Reflex

View di kejauhan

Pondok apa ntah

5 orang, tanpa Kamarul

Burung apa?

Ais seciput

Dia mmg keturunan Kanggaroo

Pun x ingat bangunan apa ni

Maple kering

Acara menembak itik

antara laluannya

Lawa kan?

Teksi Sonata & K5..

Kedai makan

Puas bergambaq segala bagai nak rak, kami terus patah balik ke stesen Hyehwa & terus ke stesen Chungmuro (Line 3 (oren) - Exit 4), kluar stesen tu belok kanan, nampak HollysCoffee, jalan ja sebelah kanan kedai tu dan terus ke Namsangol Hanok Village. Hanok village ni kira mcm kampung tradisional org Korea dolu² la... Masuk free ja. Boleh tgk mcm mana rumah tradisi dia, cara hidup masyarakat lama dan try main permainan² tradisional yang dia sediakan.

Orang tanam bunga, depa tanam sayoq

Namsangol Hanok Village

Signboard dia

Bilik tidoq

Pintu dapoq umah makcik jah

Pintu pagar

Nampak N Seoul Tower

Lagi satu

Kolam beku

Dah puas bergambar & main permainan yg ada tu, kami terus ke stesen Chungmuro, kali ni amik line 4 pulak dan terus ke stesen Dongdaemun History & Cultural Park, Exit 14. Tadaaaa... anda kini berada di kawasan Dongdaemun (bukan Doraemon) yang femes dengan pusat sopping menyopping. Memandangkan masih awal, dan peniaga² pasar malam pun belum setup gerai, kami lepak² minum Hot Choc kat HollysCoffee dulu.. then kami ronda² area Dongdaemun, dengan harapan terjumpa kedai makan halal. Tetiba!!! Pringggg!!! (ajaib ni!!!) tengah dok jalan tu, kami terjumpa satu kedai halal indian, Jue dengan hepinya berkata, Alhamdulillah dapat jugak aku makan nasi.. yeyy yeyy.. sonok tak hingat nih... Rupanya kak bedah wei... kedai tu tutup plak haritu sbb dia ada event. Muahahaha kesian hang, Jue! So kami ke satu soping mall nama Doota. Kami pun pusin² food court la survey² kononnya, smp la terjumpa satu kedai nasi goreng ni, dia mmg xserve pork & liquor langsung, so kami tawakal mengoder Nasi Goreng Seafood, sedap gak utk tekak org Malaysia ni, di serve bersama condiments tokua kicap, jeruk tembikai ngan kimchi laa.. apa lagi. Yg best, dia bg chopstic ngan camca... hang reti ka makan nasi pakai chopstic? Garpu mana? So, kami pun p la tanya org tu, "Do u have fork?". Dengan yakin dia jawab.. NO PORK! NO PORK!  K fine.. tapaham.. xpa la.. makan ja ngan camca sebelah.. hehe. OK. dh kenyang, kami ke Miglione Mall kat tepi tu jugak la utk cari cenderahati, sbb ada org suggest cari kt sini sbb byk pilihan.

Hot Choc Hollys sedap

Lotte Fitin Mall

Dongdaemun

Nasi Goreng Seafood

lauk-lauk sampingan

Depan Lotte Fitin selepas salji brenti

Ok, ayam dan itik pun mula berbicara bila nk tawar menawar ngan nenek yg jaga kedai tu.. lawak pun ada tgk Jue cakap penang ngan org tua tu, dh cakap english sepatah haram dia xpaham, so Jue cakap Penang ja lahh.. hahaha segala macam isyarat kami guna nk bg dia paham. xpaham² gak.. kuikuikui. Tetiba aku termerayau ke kedai sebelah yg reti speaking... so kami pun tukaq la ke kedai sebelah, nenek tu dok menggamit2 tangan panggil kami p kedai dia.. masalah dia xpaham apa yg kami mau. ala² fedap nk bg dia paham dah. hehe. Puas sopping, kami pun kluaq la dari Miglione tu, tetiba depan pintu keluaq Jue jerit... SALJIIIII!!!! SALJIII!!!... OoEmJi! Salji tgh turun.. walopun x lebat tp tu lah salji 1st dalam idup kami semua.. JAKUN! Hehe.

Salji 1st dalam idup kami semua... Mcm ujan ja kan? hehe

Lps salji berenti, kami pun balik ke hostel, lps siap² tukaq baju, kami pun makan² skit bekai yg kami bwk dari Mesia tu.. kat pantry hostel. tetiba saja la aku nk p tgk luaq pintu, rupanya salji dh lebat dan dh byk kt tanah.. HEKSAITED! pakai t-shirt ngan sluaq pendek pun boleyyyy!!! kluaq main baling² salji! hahaahaha..

Tips harini:
  • Yg guna Henpon @ Tablet Android, boleh download beberapa apps yang berguna masa kat Korea. Cthnya:
    • Subway Navigation
    • Visit Korea by Korean Tourism Organization
    • Speak Korean
    • Korean Dictionary
    • Seoul Map & Guide
    • XE Currency
    • dan banyak lagi..
  • Google Map & WAZE pun byk manafaatnya.. mengurangkan kesesatan!

Credit: Gambar salji tgh turun tu sumbangan Cik Jue


Ok la nak tau apa jadi pada hari ketiga plak... Klik lahhh kat sini....

--- BERSAMBUNG ---

No comments:

Post a Comment