28.1.14

KOREA : DAY 1 - INTRO, THE JOURNEY & GLIMPSE OF SEOUL

KOREA   |  Day 1  |  Day 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  |  Day 6  |

17 - 23 JANUARY 2014

Annyeonghasaeyo dan salam satu Korea & Malaysia jugek. Misti ramai yg nak tau kan, mcm mana geng kami boleh terlajak sampai ke sini dan segala tempat² menarik yang kami pi serta bajet² yang dikeluarkan. Erm.. sejujurnya segala perancangan dan bajet dibuat oleh kami sendiri tanpa bantuan sebarang travel agent, konsep beli barang kat IKEA... DIY. Saudari google yang paling byk membantu, disamping pengalaman² travel sendirian berhad yang lepas².

Kami berenam lah yang menjayakan episod kalini! Dari kiri: Kam, Iwan, Jue, Mirul, Epoll & Mizi!

OK. Untuk tiket flight PEN-KUL-ICN-KUL-PEN lebih kurang MYR820 naik Airasia & AirasiaX beli masa promo, termasuk 10±KG luggage setiap org dan meal masa flight balik dr Korea. Penginapan plak, kami amik 3 bilik (single, double & triple) utk 5 malam, bayarannya sorang ₩96000 kalau ditukar ke ringgit lebih kurang RM302.40 (ikut rate yg aku dpt ₩1000 = RM3.15). Bayar di tempat kejadian, tak payah pakai credit card dsbnya, sila guna website www.booking.com saja. Ok tu yg kena sediakan awal la.. Utk transport, makan dan shopping.. ampa akan dpt info lebih dalam perkongsian pengalaman aku dan rakan² kat bawah ni.. sila beli popcorn, ayaq coke dan enjoyyyy!

17 & 18 JANUARY 2014

Traveling day dan first day kat Korea.. Huhu... Flight PEN-KUL (AK6119 - Airbus A320-200) jam 8.10 mlm, so buat baggage drop segala bagai dalam kul 6.45 ptg kt airport Penang. Yg travel dari Penang 3 orang, aku, Kamarul & Mirul, flight xdelay dan ikut jadual, alhamdulillah, sampai kat LCCT kul 9.10 mlm. Then ber-randevous dengan 3 orang geng lagi Jue, Epoll & Mizi. Kami dinner dulu kt LCCT, tak oder meal utk flight ke Korea sbb flight kui 1 pagi semua nk tidoq. Lps siap baggage drop dan cek imigresen semua, kami bording lebih kurang jam 12.30 tgh mlm. Flight KUL-ICN (D7 506 - Airbus A330-300), yg sepatutnya depart jam 1 pagi, ter-delay 20 menit sebab ada passengger yg xboard walopun dh check-in dan drop beg, so crew airasia kena korek balik isi perut pesawat cari beg² 7 orang yg xnaik tu, apa masalah depa tatau le.. emergency kot. Ok dipendekkan cerita, penerbangan yg sangat smooth dan 6 jam kemudian flight pun mendarat kt Incheon International Airport (ICN) jam 7.20 pagi waktu Korea. Eksaited? mestiiii la! tapi xla kagum sgt dengan keluasan airport dia sbb aku rasa Chek Lap Kok (HKG) & Suwarnabhumi (BKK) jauh lagi besaq dan santik. Tp toilet dia lawa la.. hehe. Ok then lps dah settle imigresen (kaunter xbyk dan pegawai² dia "lembs" sket la) dan amik bagasi, kena lalu kot kastam (Take note: wajib submit Custom Declaration Form dia, walopun xdak apa yg nk kita declare). Pastu kami p cari sebarang kedai serbaneka (7-Eleven, GS25, CU Mart dll), beli tranportation card T-Money Card (ala² Touch-n-Go) dengan rega ₩2500 dan sila la topup ₩30000 atau lebih utk memudahkan kita di kendian hari.

Travel in style

A320-200 : PEN-KUL

A330-300 : KUL-ICN

AirasiaX

View tingkap waktu pagi

Gambaq wajib : Sayap

Arrival & Custom Declaration Form

Purnama mengambang

Awan yg terpilu

Touchdown 

Gate area

T-Money Card

Pastu terus kami gerak turun satu level ke arah AREX Train Station (ala2 KLIA Express) dan naik tren dari Incheon Airport Station ke Gongdeok Station, dari situ kami transit ke Line 5 (kaler pepel) FYI, tren metro kat Korea ada lebih kurang 17 Line (mcm² warna) dan pada yg 1st time hadap tren² mcm ni mungkin akan penin skit, sila sediakan penedol sekotak. haha.

Ni lah Map Seoul Metro.. mcm pening tp senang bila dh biasa

Ok dr Gongdeok, kami turun kat station Singeumho, station dia mmg kaw² dalam tanah punya.. rasanya lebih dari 5-6 tingkat bawah tanah kot, terasa mcm tikos mondok plak. Amik Exit 3, ya ampunn sejuk ya amat, terasa sampai ke tulang dan pastu jalan x sampai 50 meter, kami pun sampai depan tmpt kami nk tidoq utk 5 malam seterusnya... Hostel Korea 5th. Baru dok posing bagai depan tu, kami ditegur org sorg lelaki ni, dia cakap panggil dia James, rupanya dia pemilik@manager hostel tu, english dia bagus so tarak problem ayam-itik lah. Dalam e-mel, dia kata kami boleh simpan beg dan mai balik utk check-in dalam kul 2 atau 3 ptg, tapi dengan baik hati.. kami sampai dalam jam 11 lebih, dia dah bagi kunci bilik terus. Lega.. boleh la mandi-manda & siap² utk meronda. Yg best kt sini, dia sediakan katil dengan heater boleh adjust, so x la kesejukan bila tidoq, pastu setiap bilik dpt wifi free, ada mini bar fridge dengan tv. toilet mcm biasa, ada ayaq sejuk & panas. Pastu ada sharing pantry yg ada water filter dispenser, peti ais besaq, microwave, toaster, coffee maker, free internet & tv. Breakfast pun disediakan. Just to name a few lah! Byk lg yg depa sediakan. Bagus host tmpt ni. Thumbs up!

AREX Train map

Antara muka melayu yg ado

Plaza tol Juru.. haha

Station Singeumho

Dpn Hostel: Versi tanpa Kamarul

Depan Hostel: Versi tanpa Mizi

Petang tu kami meronda di Seoul Forest, senang nk pi dari Singeumho turun kat stesen Wangsimni, transfer ke Station Seoul Forest (Bundang Line- kaler kunin).  So petang tu kami kat Seoul Forest ja.. then bila dah boring kami ke Cheonggyecheon Stream kat station Gwanghwamun (Exit 5) kt tetiba bila keluar exit tu, nampak pulis punya la ramai, ber-bas² dan ber-lori²... ada plak orang dok nyanyi² konser² kat stage tepi sungai tu.. disebabkan kami xpaham apa depa cakap, kami assume, depa tgh menyambut Hari Polis seKorea la kot... so abaikan polis yang ramai tu, kami pun jalan la sepanjang sungai tu.. mmg santik dengan lampu² dan pokok² lagi. Disebabkan kesejukan yg amat, kami decide utk lepak kt kedai CoffeeSmith kt area tu. As usual, I'm not a kupi type person, Green Tea Latte la yg aku order.. Then malam tu balik ke hostel untuk rehat² simpan tenaga utk esoknya pulak.

Depan Seoul Forest

Simpang depan Seoul Forest

Antara pemandangan yg ada

Signboard

Geum-yeon Haseyo

Naik gon

Cover album ni

Satu lagi

Bangunan ijau tadi

"Love" dalam pelbagai bahasa

Fefeeling picnic

bukan kat nami 

OK, jom ke tempat lain plak

Cheonggyecheon Stream

Air terjun menyala

Persembahan Projector Kalerful

Minum duluuu...

Sedap ni Hot Green Tea Latte

Tips harini:
  • Pakaian: Mesti beli baju Heattech @ longjohn utk dipakai setiap hari utk mengelak badan kita kesejukan bila menghadap cuaca terlampau sejuk. Boleh beli kat UNIQLO & kedai2 winter lain.. Harga berbeza ikut jenis. Glove klu leh yg leather, tp aku beli kat Daiso ja, glove yg bleh tekan henpon tu.. sbb glove biasa xleh touch HP, jenuh nk bukak glove setiap kali nk guna HP ato Tablet. Selendang@Neck Warmer@Mafla.. WAJIB.. sejuk lehaq nnt.. beli hat bulu² skit.. selesa bila kt tmpt sejuk. Baju sejuk pulak xpayah beli semua baru, cari ja kat bundle, elok² lagi, xmahal.. dalam RM20-RM60 ja...
  • Tukaq duit won secukupnya. Aku tukaq dalam RM1300++ ja. Lebih dari cukup, utk hotel, transport, tiket², makan & sopping². Ni nk bg tips utk yg kat Penang, sila survey beberapa money changer kt QB, Prangin Mall & 1st Avenue. Compare & pilih yg paling best.
  • Seat pulak, yg best IMO utk long distance flight dengan AirasiaX Airbus A330-300 especially-nya-lah ialah seat 45 hingga 50 AC & HK, sebab cuma ada 2 seat instead of 3. Dengan konfigurasi 2-3-2, instead of 3-3-3 bagi row 43 dan ke depan. So ruang aisles agak luas dan FA tak langgaq kita dengan troli masa dia tengah meniaga kacang putih tu... Nk check-in toilet pun senang!
  • Suhu sejuk korea boleh mencecah -11°c utk pagi -20°c utk malam dan tanah tinggi, so tangan & badan sure xbleh tahan punya walopun dh pakai glove dan jaket tebai² kan.  So p kat mana² GS25, 7-Eleven, CU Mart, dan cari benda yg dipanggil hand/body warmer atau hot pack, rega ₩1000 ja sepaket, kalau utk tangan, ada sepasang, kalau utk badan ada sekeping. Apa benda ni? dia macam serbuk yg dibubuh dalam paket kecik mcm perencah meggi tu. Mula² bukak plastik dia, dia sejuk, bila kita genggam lama² @ tempek kt mana² bahagian badan, pek tu akan jadi makin panas.. boleh tahan berjam² gak la.. so bagus utk sapa yg tak tahan sejuk. Gambaq mcm kt bawah ni...
Preferred Seat utk aku yg kotak ijau tu

Hand Warmer sewibu won tuu...

Credit: Gambar atas skali yg 6 org tu sumbangan Mizi, Subway Map plak sumbangan printscreen dari website Seoul Metropolitan Rapid Transit Corporation. Seat Map AirasiaX tu sumbangan printscreen juga dari website AirAsia! Tqvm!

Nak tau cerita hari kedua, klik sini jerrr!

--- BERSAMBUNG ---

6 comments:

  1. hehehe,,,, mcm dok journey sama nihhh!!!... interesting... interesting...

    ReplyDelete
  2. Kak Nah, kena bagi pembaca rasa mcm depa join sekali.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Terbaik laaa....boleh buat drama camni....

    ReplyDelete
  4. haha mmg sungguh drama korea la kami kt sana cikgu..

    ReplyDelete
  5. seghonoknya depa...teringinnya nak pi :)

    ReplyDelete