29.1.14

KOREA : DAY 3 - SEHARIAN MEREDAH SALJI DI SEOUL

KOREA   |  Day 1  |  Day 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  |  Day 6  |

20 JANUARI 2014

Day three tajuknya... Hari yang sangat heksaited dan gumbira, yela, mana taknya, bukak mata ja jengok kat luaq, salji takat buku lali dah pun... weee weee.. Nak cepat² mandi, breakfast & kluaq ja.. hehe. Ok aktibiti harini dimulakan dengan journey dari stesen Singeumho ke Gwanghwamun (Line 5 - Exit 2). Keluaq ja dari stesen, boley nampak salji bertimbun² sepanjang jalan.. best gila.. Sambil jalan ke arah Gyeongbokgung Palace, sempat la kami singgah² kat taman tepi jalan tu utk main² salji.

Depan pintu Hostel Korea 5th

Pagaq umah sebelah

saljuu saljuu

lagi saljue

sejuk gedi moto tu

Wow.. retis. wanita terchantek asia.

Sblm dihalau pulis, bgunan US. Paranoid!

kita kepal² cmni pastu goreng

indahnyeee

5 minit lagi duk.. ekzos boley sumbat

putih

close up

berlima

kanak² riang ria

rumput dan jalan

Credit: 3 keping gambaq last tu sumbangan Kamarul Adzhar Abdul Malek (nama penuh troih)

Tiket masuk ke Gyeongbokgung Palace ni mahai skit, ₩3000 sorang. lebih kurang RM 9.45, tapi berbaloi kot, sebab tempat dia besaq, taman² dia pun mmg santik² belaka... sempat la nk posing² sikit siap boley buat snowman lagi. hehe.

Gwanghwamun Gate

Singa ni jaga gate, takut gate tu lari

Pak gad wat muka serius

Istiadat tukaq gad

Beli tiket

sam-cheon won (3 wibu won)

bumbung meriah

pokok bonsai ni

ok posing dulu

posing lagi

Anak kanggaroo x sabaq

Ni kategori cengkerik

pintu pagaq blkg kot

Tonggek baek punya.. haha

hat ni elok skit

Ala.. dah habih ka gambaq? muahahah.. ada lagiii.. sambung kt bawah ni....

snowman pertama.. buruk betoi

pemenang acara lari dalam guni

Pagoda

best tgk structure bumbung dia

pokok

tempat apa tah ni?

kolam pun beku

cantik kan?

Apa la yg depa dok kalut tu

Tetiba salji turun dengan lebat

aksi konon comey kat muka pintu

tadah-tadah salji

Jue kena buli.. haha

Tukang foto pulakkena buli

Menadah gerimis konsepnya

Credit: 3 keping gambaq last tu pon sumbangan Kamarul jugak

Ok dah puas main salji kt situ kami ke Insa-dong & Ssamziegil kat stesen Anguk (Line 3 - Exit 6). Tujuan? sopping laa pa lagiii... Ssamziegil ni full of art la... dia bangunan 4 tingkat, dengan kedai yang jual segala bagai dari brooch, hendubek (handbeg dlm sebutan Korea, lawak!), cenderamata, barangan kesantekkanlukisan dll lg. Sambil menyusuri kekedai dan bersopping² sakan, tetiba salji turun dengan lebat plak tu... Salji lagiii!! hehe. Punya la lebat sampai kena beli payung la ₩5000 plak tu..  Makcik payung tu punya la kedeks ya amat, juai payung tp plastik balut payung tu pun dia mintak balik.. xpatot... xpatot....  recycle letu! caiiit...

Kedai di Ssamziegil

Depan Ssamziegil

Lebat gilaaa (Gambaq Jue)

Then dari Insa-dong kami ke Myeong-dong (Line 4 - Exit 3). Salji plak makin lebat.. payung dah la kongsi², kira agak basah gak la.. pastu kaki² lima dia jadi berais sikit.. licin woo.. walopun pakai boot... 2-3 kali gak la aku hampir nangka busuk.. haha. Beberapa ratus meter kemudian berjalan mcm penguin, kami pun sampai la kt stesen Cable Car Namsan... Ter-impress sekejap bila tgk ke arah bukit tu... sebijik mcm kt NARNIA.. oh ku tak pecaya.. ku tak pecaya.. Percayalahhh!!! (Tok Ti nyanyi). Indahnya ciptaan Allah. Tiket keta kabel tu ₩8500 utk 2 hala, mmg mahai skit, tp xpa.. superr berbaloiii. Sampai kat atas tu dpt la tgk N Seoul Tower dan segala pokok² padlock yg femes tu.. tp semua kebekuannn! Dan masa kat situ wajib kena try Churros, sejenis pastry yg diguling²kan dalam cinnamon-sugar, dengan pilihan dipping dia Cokelat, Blueberry atopun Apple Sauce.. semua sedap. Harga bermula dengan ₩5000 je.. ('Je' la sangat.. seketot kuih tu lebih 15 hinggit). Tak pa nak try, bkn hari² mai Korea pun.

Speechless

Btui x mcm NARNIA?

Tiket Cable Car (Printed version)

Tiket Cable Car (Buku kupon version)

Dh smp stesen atas

mcm dalam mimpi

Tangga naik atas

Nampak dah tower dia

lagi

kepokokan yg bersalji

Pondok

Krismas dh abeh, pokok lupa buang

N Seoul Tower

Pepokok padlocks

semua dh kena tutup salji

Kedai cenderahati

Ni Para-para

Ni plak Paru-paru

Padlock lagii
BFF Selama 24 tawon, Jue

Posto-posto

Nampak town kat bawah

menara lagi

lebiu lebiu

Dah puas jadi beruang kutub kat atas bukit tu, kami turun dan decide utk cari kedai makan korea yg sangat femes di Itaewon, iaitu Murree Muslim Food. Susah gak nk cari kedai dia, dah la kawasan tersorok, bukit² plak tu, jalan licin lagi.. fuhh. seksaan! Tp berbaloi bila dpt makan Bulgogi (₩15000), Galbitang (₩12000) & Sondubu Jjigae (₩12000), dia dijual sekali set ngan side dishes dia yg ada nasi putih, seeweed, tokua strips, ikan bilis kecik & kimchi. Side dishes dia boleh refill sebyk mana yg kita mampoo makan. Kami share beli 3 set meal saja, pastu tambah 3 nasi putih utk bg cukup 6 org makan. so far puas hati dpt rasa authentic Korean food yg halal.

 Tahukah anda apa benda ni? Jwpn kt bwh!

Kat Itaewon

sedapp weii

Bulgogi

Side dishes

dan lagi

Siwid

Galbitang

Sundubu Jjigae

Antara kedai di Itaewon

Siti Sarah "Kesetiaan" Raisuddin ka?

Mami Jue

Credit: 3 keping gambaq last tu pulak dari kamera Jue

Jawapan gambaq kat atas: Benda bulat ada nombo 2 tu ialah sejenis alat elektronik yg kekedai makan bg kt kita bila kita order makanan. Mcm nombo² yg kita salu dpt kat Mekdi tu kalau beger kita blom siap. Tp yg best kt sini, bila order kita siap, benda tu akan vibrate dan nyala lampu lip-lap², so kita kena bawak benda tu p amik sendiri order kita kat konter. Depa xkan hantaq makanan kita kalau kita x p amik. Lpas makan, sila buang sendiri Cecawan, Kertas², Tisu² dan Kekotak Beger kita tu dan jangan lupa return balik tray kt tempat yg disediakan. Amacam? Malaysia bila nk amalkan teknik mcm ni? Canggih + 100% self-service!

Ok sambung balik... sudah makan, kami singah mini market yg jual produk halal saja, beli sosej 2 paket utk breakfast & dinner utk esok. Sebelum tu, ada 2 org ahjuma (makcik²) dok jual stoberi tepi jalan, yg best tu kan, dia jual stoberi mcm org kt sini juai buah jambu ayaq... sebesen² ada yg ₩5000, ada yg ₩7000 dll, ikut saiz dan jumlah. Bila kita beli, dia tuang dalam beg plastik hitam ja.. ko ado? hahaah lawak kan? Tp buah dia mmg manis la, x sama mcm Cameron Highland punya, masam skit. So mlm tu balik hostel & prepare utk hari ke 4 pulekk!!!

Ceritanya? Sini juga kasi tekan....

Tips harini pulak:
  • Bila hari dah bersalji, tanah, jalan dan kaki lima akan berais, mmg licin sangat.. sila jgn pakai kasut yg tapak licin, even boot yg aku pakai pun licin juga, apatah lagi heels.. No No sangat.. byk kali dh aku nampak minah² Korea yg pakai heel.. dok jadi ala² main ice skating tepi jalan. Nasib baik tak gedebuk! Kalu boleh, masa 1st day spend duit skit beli winterboot kat mana-mana kedai underground station, xmahai dalam ₩10000 ja @ RM31.50 gitu.. xpun kalau nampak ada org jual sejenis getah berpaku yg boleh pasang kat tapak kasut kita, beli ja.. rasanya xsmp ₩5000 kot.
  • Sediakan stokin yg tebal dan mencukupi, sehari sepasang, sebab bila kt sana kita byk jalan kaki, buleh membusukkan kaki, melainkan la ampa p dengan tour agent yg sepanjang masa naik bas, duduk buat lemak ja.. hehe x mcm kami yg meredah jalan² dan ceruk² lorong dan melompat dari satu tren ke satu tren lain.
--- BERSAMBUNG ---

7 comments:

  1. Salam. Yang time salji tebal2 ni pergi berapa hb eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ni saya pegi dalam minggu last bulan 1. Kalau december pun salji lebat. Kalau area pulau nami tu pun byk salji.

      Delete
    2. Wasalam. Ni saya pegi dalam minggu last bulan 1. Kalau december pun salji lebat. Kalau area pulau nami tu pun byk salji.

      Delete
  2. lawak la u punya entry..mnghiburkan..kita org p seoul pertghan dec..gerenti ada salji x time tu..kita dok sapai 26 dec..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih sebab sudi singgah kt blog separa sengal ni.. hmm kalau pegi mid-end december ada salji rasanya. kalau ke area gunung ganang konfem bersalji.. pulau nami pun. tp harap2 salji turun tgh2 town la ye masa korang p tu. baru leh guling-guling tepi jalan. hehe

      Delete
  3. best gak entry korang ni..memang membantu..kitaorg gi 12 dec sampai 19 dec 2015..hrp2 dapat rasai kesejukan cam korang..kejang lah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahh baru perasan ada komen ni... mesti dah balik dr korea kan? amacam experience?

      Delete