6.4.15

JEPUN : DAY 1 - OUTBOUND & TIDO AIRPORT

JEPUN   |  Day 1  |  Day 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  |  Day 6  |  Day 7  |  Day 8  |  Video  |

6 - 13 APRIL 2015

Aktiviti rombongan che kiah kalini membawa kami terbang ke Jepun pulak. Dimulakan dengan kami ber3 mcm biasa Aku, Mirul & Kamarul bertolak dari Penang ke KL jam 9 pagi dengan MAS MH1139 dengan kapal Boeing 737-800 (9M-MLS), sampai di KLIA jam 950, then kami terus ke KLIA2 dengan Tren KLIA Transit (RM2). Kat KLIA2 kami jumpa dengan 4 diva, Jue & de geng. Drop beg, makan dan terus ke gate P10 yg haremm jauhh gila & kami jadi org last board the kapal. Dari KUL ke KIX (Kansai Airport, Osaka) kami naik AirAsia X, kapal Airbus A330-300 (9M-XXU) dengan nombo penerbangan D7 534, berlepas jam 3 ptg & lebih kurang 6 stengah jam gak la utk sampai sana. Seat kami tetap pilih seat row 44 ke belakang sebab lorong lebih luas dan senang utk kami nk kluar masuk dan p toilet.
Buku Merah & Boarding Pass

9M-MLS pun dh sedia tu

Winglet B737-800

Kacang Masin MAS

Flight info

Mood lighting biru.. I likey

Dikapit oleh org² pestaim naik MAS haha

Dh smp KLIA, jom ke KLIA2

Buku merah lagi & 2nd boarding pass

9M-XXU dh siap sedia juga

International Airspace KUL-KIX

Sayap & Awan

* Dr kiri : Sherry, ½Lissa & Fina. Ahaks

Destinasi kedua kami dengan AirAsiaX

Senjakala

Sekadar hiasan haha

Makan

Ahli lama rumbongan che kiah

Dah sampai Kansai, urusan imigresen la yg paling lambat. dari pukui 11 samp 12 lebih (tgh malam) kami blom lepas imigresen lgi. Nasib baik la kami tak plan ke hotel malam tu jugak, kalau tak, mmg dah tak dak tren pun lps kul 12. Selesai imigresen, p kat carusel, tgk beg-beg dah menunggu kami.. hehe. Kemudian terus keluar dan menjelajah Airport Kansai utk cari tempat nk rehat-rehat dan tidoq-tidoq. Kebanyakan kerusi dah kena book org lain. So pusing punya pusing dpt la beberapa deret kerusi kt level 4, dekat dengan kaunter² check-in di balai berlepas. Yang bestnya tido kat airport ni, orang tak la ramai bergelimpangan mcm pusat perlindungan mangsa-mangsa banjir tu. Polis & Sekuriti pulak tak pernah nak halau ataupun tanya kenapa kita tido kat situ. So smp ke pagi la kami boleh ada kt situ tanpa di halau.
Tido sebelah mesin ayaq

Tukaq mode Jepun dengan selipar Jepun

Try mesin Jepun plak

Landing baek punya

Airport tadak worang

Selonggok beg kami 3 org

Airport ni bg reminder, jgn lupa asal usul hehe

Port tidoq kedua

Credit : Gambaq bertanda (*) adalah hak milik Kamarul.


Tips harini :
  • KLIA2 tu sangat la besaq, kalau boleh sejam sebelum flight, ampa dh kena start jalan ke gate, apatah lagi flight international kat gate P & Q. Dah la kena jumpa sekuriti 2 kali, imigresen xpa la boleh pakai auto gate.
  • Kalau naik D7 (AAX), kapal dia ialah Airbus A330-300, besar dengan 2 lorong, so kalau byk duit, try pilih seat yg kt row 44 ke belakang sebelah kiri (AC) atau kanan (HK) sebab ada 2 seat ja. xla sempit sangat.
  • Tips tidoq kat Airport Kansai. Area dekat dengan Police station & Lawson Lvl 2 selalunya cepat penuh, so cari kt lvl 4 dkt area kaunter check-in, banyak lagi seat tp lampu dia mmg terang skit la, jgn lupa bwk penutup mata kalau nk tido dgn selesa. Barang² kita selamat dan polis selalu meronda kt situ tp tak kacau kita.
Cerita selanjutnya? Cuba tekan kat sini.

--- BERSAMBUNG ---

No comments:

Post a Comment