Hmm.. Kalini bukan la nk cerita pasal trip Hatyai, sebab baru saja cerita pasal tmpt ni. Sama ja lah. Tempat-tempat sama jugak yg aku pi: Lee Garden Plaza, Floating Market, Pasar Malam, Santisuk Market dll. Cuma nak stori pasal pengalaman balik dari Hatyai ke Malaysia dengan keretapi. Satu sebab napa aku pilih mod transportation ni sebab 22 Mac ni adalah hari Ahad, last day cuti sekolah. Cuba anda bayangkan mcm mana teruknya jem kat sempadan & hiway pada hari last setiap kali cuti sekolah. So kalau naik kereta sendiri ataupun bas/van/lori komfem jem teruk n akan mengabihkan Ron 97. Baik naik tren, tak jem! hehe.
Tren 21 ni adalah tren Malaysia, Senandung Langkawi yang masuk sampai ke Hatyai, tp tak semua gerabak, cuma 3 gerabak kelas kedua. Tiket kena beli kat Stesen ketapi Hatyai Junction Railway Station pada hari kejadian gak sebab tiket tren Malaysia dia tak jual in advance.
Aku amik tiket dari Hatyai ke Sungai Petani, sebab dia tak jual tiket ke Butterworth, tp ke Bukit Mertajam ada lah. Lg pun kat SP ada org boleh tolong ambik. Harga tiket utk adult ialah THB180 sorang, kalau ikut rate skrg yg mana duit RM kita tgh merudum ni adalah lebih kurang MYR20.70/pax.
Train bertolak jam 4 Petang waktu Thai, sejam 20 minit kemudian sampai kat border di Check Point Padang Besar lebih kurang kul 620 ptg (520 petang Thai). Jgn lupa bwk kluaq semua beg yg kita bawak naik tren tu dan terus beratur kat Kaunter Imigresen untuk proses cop pasport kedua-dua negara. Proses sangat cepat, walopun orang ramai dan kaunter yg dibuka 1 saja utk Imigresen Thai & 1 utk Malaysia.
Selepas tu, jam 645 ptg gate akan dibuka semula untuk semua masuk balik dlm tren dan terus kan perjalanan di tanah Malaysia plak. Tren tadi yg cuma 3 gerabak dah jadi ntah berapa belas gerabak dengan mejiknya... hehe. Perjalanan di atas landasan Malaysia lebih smooth dan laju, takda la terhuyung hayang mcm kat landasan di Thai. Sempat juga aku menjelajah dari gerabak 2nd class yg aku naik tu, ke gerabak cafe utk dinner. Sape yg mls nak jalan jauh, nanti akan ada peramukari akan tolak cart untuk jual makanan. Haha.
|
|
| ||||||
|
|
--- TAMMAT ---
No comments:
Post a Comment