16.2.15

WEEKEND @ HATYAI

14 - 15 FEBRUARI 2015

Haihh lagi satu trip tak dirancang.. Haha. Jadi manusia yg hidup tak jauh dari sempadan negara mmg mcm ni. Tak caya tanya org² Penang, Kedah, Perlis kt utara atopun org² Johor kt selatan. Benda mcm ni spontan ja, pasport pun blom arwah.. So jom lah.. haha.

Trip Hatyai@Songkhla ni senang ja. So kali ni kita cerita mcm mana nk masuk Thai dengan kereta sendiri utk  ampa yg teringin bawak keta tp xpernah bwk & tak tau caranya. Sebenaqnya aku dah 3 kali masuk sini ngan keta sendiri.

Ok tak payah la cerita camna nk drive dari Penang ke Bukit Kayu Hitam ye? Kita cut short bahagian tu. Ok begini ceritanya, antara yg perlu kita ada selain Duit Baht dan Pasport Malaya, adalah kita punya Registration Card (Geran) keta, yg ori ataupun yg pototstet pun xpa tapi perhatian utk yg bwk geran potostet, kena potostet yg terbaru, kalau kita dh renew road tax 4 kali, kena ada 4 tarikh renew yg JPJ print kt belakang tu. Yg renew online MYEG mungkin ada masalah kt kastam Siam. sebab ada sorg brader cina depan aku tu mcm x lepas masuk, aku tanya dia apasai? dia cakap dia renew roadtax online n xda print tarikh terkini roadtax dlm tu. Kastam & Imigresen siam ni kdg² mcm kekwat skit. Cek jela kat cermin keta dia dh expired ka blom. Negara orang lain dh canggih, xsemua urusan kena hadap kaunter. Byk songeh la, esp pegawai depa yg tino belako tu.

Ok sesudah sampai di Changlun, ada beberapa pusat utk kita uruskan Tour, Pertukaran Duit, White Card Siam, Insuran dan segala bagai. So kena brenti situ dan amik insuran utk keta dan penumpang, RM16 untuk 9 hari (minimum), kat tmpt yg sama juga, boleh bagi pasport dan depa akan tolong isikan white card tu utk kita, cas RM1 utk setiap pasport, so xpayah buang masa isi mcm yg kita selalu isi kt CIQairport ataupun dalam kapal terbang tu. Lps tu boleh terus drive ke sempadan.

Di imigresen Malaysia ni simple, lower tingkap, bagi dia nampak berapa org dalam tu, dan bagi ja semua pasport utk dia scan. Tu saja. x sampai semenet & xpayah turun keta. Kemudian terus ke sebelah Imigresen Thai. Mula² park keta kat kawasan parking sebelah kiri sempadan. Then semua penumpang dan driver beratoq kat kaunter yg dikhaskan utk keta persendirian, jangan plak p beratoq kt sebelah penumpang bas dan van, line dia panjang ya amat. Mula² cop pasport mcm biasa, dan utk yg tak tau jgn terkejut kalau Imigresen dia mintak Singgit. Aku rasa depa ni mcm corrupt skit kot, mintak duit kopi. Sebab kat mana² airport Thai, Imigresen takkan mintak duit pun. So kami dh bereksperiment, masa dia mintak, xpayah bagi, blah tros, dia tak kata apa² pun. Ok dh habis settle pasport, Penumpang boleh jalan kaki masuk Danok dah. P la makan tomyam ka somtam ka pulut ayam ka pulut pelam. hehe. Tapi driver kena p beratoq kat kaunter kastam, bagi dia geran keta tu & dia akan register keta kita dan bagi satu slip, lps tu kita boleh p amik keta kt tempat parking dan Welkam to Thailand, Sawadikap! So procedure nak keluar dari Thai nanti aku cerita kemudian.

Imigresen Malaysia, Bkt Kayu Hitam

Imigresen Thai, Sadao

Dah settle

Perjalanan dari Sadao ke Hatyai

Kita mulakan cerita kami berwiken di Hatyai. Lps semua urusan pasport n kastam dah selesai, kami (Family aku & Family Mirul) terus drive utk check in kt hotel. Drive dari pekan Danok (Sadao) ke Bandar Hatyai ni x la jauh sangat dalam 58KM ja, so drive lebih kurang sejam, kalau x sangkut jem kat mana² pekan kecik la (biasanya x jem sgt kecuali musim cuti sekolah n dah nak sampai area Hatyai). Macam mana aku navigate? aku pakai kepala hotak sendiri ja. sbb aku xpenah membeli natang yg dipanggil GPS, aku ingat ja jalan mana yg aku penah lalu dengan bas rumbongan dolu². Lgpun signbord boleh paham walopun banyak tulis siam, tp bila sampai kt tempat attraction dia akan tulih tulisan rumi. So kami check in kt New Season Hotel lebih kurang jam 230pm waktu Malaya @ 130pm waktu sana. Hotel ni aku pilih sebab, aku baca review yg positif lebih banyak dari negatif. Antara sebab pilih hotel ni, ada parking dengan sekuriti 24jam, bilik baru, kawasan tak jauh dari tumpuan utama, lebih kurang 200-300m dari Lee Garden Plaza. RM152 satu malam, book kat Expedia. kalau Booking.com RM177. So sila pakai Trivago, utk tau web mana yg paling murah. Situ banyak hotel, dan banyak yg murah² gak, tp tak semua ada parking, tak semua hotel baru, ada yg review jumpa lipas dalam bilik la, bilik bocoq la, bau masam la.. Nak bawak mak bapak, kena tempat elok skit la, ngn kawan² tak la kisah sgt janji boleh tidoq, jgan katil dia berkulat dah le. So dh settle check in, dan bermandi-manda siap, kami makan di restoran Salma yg xjauh dari hotel, dkt simpang Hotel Mayflower Grande ja. Sebelah hotel Mayflower tu pun ada restoran  halal, Hamid.

Check in

Bilik yg kemas dan bersih

Tempat duduk mengopi

Parking luas dengan sekuriti 24jam

View dari bilik

TiVi & Meja mekap

"Chewing Gum" pon ada.. haha

Bath Tub

Sinki

Wardrobe

Ayaq botoi cap gajah

Kat Salma

Tunggu makanan

Menu Halai.. haha

Pattaya Playboy haha

Nasi Goreng Sultan, mana siam pakai sultan da

Mayflower Grande

Papan tanda jalan

So ptg tu kami naik tuk-tuk utk ke Khlong Hae Floating Market. Tips nak mentuktuk kt Hatyai ni, kena pandai nego (esp yg tempat jauh la.. kalau takat p pasar malam 20 baht tu xpayah la nego mmg rega tu), dia akan letak harga kaw² THB500/return utk ke situ, kalau terer boleh nego smp dpt THB300 dan dia akan tunggu kita meronda sejam dua then bwk kita balik. kami mampu nego THB400 (RM40++) ja. ok la kot, 6 orang dewasa. Lps meronda makan² di floating market tu, kami terus suruh driver tu hantaq ke pasar malam. Habih beribu baht kt pasar malam, kami pun naik tuk-tuk utk balik ke hotel. Malam tu ronda area Lee Garden Plaza saja.


Teja naik lori ka?

Heran sekejap

Buat muka baik

Sepanjang jalan ke Khlong Hae

Snap nombo tuk-tuk, takut silap naik

Mata dia nampak mainan dah

Jalan ke sungai

Floating market yg femes itu

Lagi

Selpi sebijik

Pilih bekas

Baru pilih ayaq

Nasi Ayam Berempah, sedap

Kerabu Sifud Sepaisi, xsedap

Dah makin senja, payung dh tutup

Lagi satu kali selpi

Babai nak balik dh

Teja nak tgk gajah

Hepi dpt tgk gajah

Pimp My Ride edisi Siam

Amacam Civic Ni?

Trak Pikap pun dasyat

Balik hotel lepak lobi

Area depan Lee Garden

Mengolestrol

Pulut pelam sedap

Pagi esoknya dimulakan dengan breakfas kt Salma lagi. then naik tuk-tuk ke Central Market.. bersopping lagi, macam² di borongnya, dari beg duit, biji gajus, baju sampai la kuali pun beli. hehe Kemudian balik ke hotel utk check out, lebih kurang kul 1230 tghri. Lps tu kami terus drive ke Songkhla. Lepak dekat Samila Beach, makan aiskrim tempurung dulu.

Nak brekfes

Kat Central Market

Check out dengan beg baru

OTW Samila Beach, Route 407

Sampai dah

Cantik laut sini

Teja ngan kucin besaq

Lagi

Teja nyorok

Best kot duduk bawah perut kucin

Aiskrim Tempurung

Sedap oo

Ok bai nak balik

Roundabout dkt Samila Beach

Ok dh sampai Malaysia

Dh habis bertempurung bercucoq udang bagai. Kami terus drive balik ke sempadan. Ok procedure utk keluar dari Thai ni xsusah. Terus drive keta smp depan kaunter, semua penumpang dan driver kena keluaq, cop passport. Dan kemudian serahkan balik slip kastam yg kita amik masa mula² masuk tu, Ingat tak? Sain kat buku dia, kemudian terus masuk keta dan drive ke sempadan Malaysia. Kt sini sama macam mula² kita masuk, cuma lps cop pasport kena bayar tol Bkt Kayu Itam terus. Scan je la kad TnG tu. dan kena lalu depan kaunter kastam, buka boot keta utk dia cek, kemudian terus sambung perjalanan balik ke rumah masing².

Lepas singgah beberapa tempat. Kami sampai Penang lebih kurang jam 10 mlm. Sekian.

---TAMMAT ---

No comments:

Post a Comment