10.4.15

JEPUN : DAY 5 - TAK JADI MASUK USJ, NARA & UMEDA SKY

JEPUN   |  Day 1  |  Day 2  |  Day 3  |  Day 4  |  Day 5  |  Day 6  |  Day 7  |  Day 8  |  Video  |

6 - 13 APRIL 2015

Harini bangun pagi ujan tak brenti² so kluaq berpayung la masing². Tujuannya nk ke USJ. Bukan subang USJ tuu.. Universal Studios Japan la makcik! So dah naik subway dan tren sampai la ke stesen JR Universal City. Ujan masih tak brenti. So duduk la sat kt Starbucks dengan harapan ujan seriyat la. Tak seriyat gak. So kami amik keputusan utk beli tiket USJ utk esok siap² n terus sopping kt HardRock Shop saja then nk ke Nara saja harini, xjadi masuk USJ takut rugi plak ujan susah nak gerak dlm tu.
MeriPopin  baru turun dri bumbung

Kuntum, Melor, Cempaka & Melati

Globe Universal yg femes

Kam depan Globe


Soping HardRock

Lps sopping kt HardRock, tgh jalan nak ke JR, tetiba kami terjumpa satu kedai sushi. Nak tau x, susah betul nak jumpa kedai sushi kt Osaka ni. Padahal kt Jepun, Heran sungguh. So lps kami mengkaji menu² nya.. mmg 100% seafood, so dengan tak pikiaq panjang semua terkam masuk laaa. nak rasa sushi ori kt Jepun. Ok kt sini mcm² jenih sushi ada. Harga pulak dari ¥100 - ¥250 sepiring. Dan di akhir cerita, kekoyakkan poket aku bernilai lebih kurang ¥1000. hehe ok la kan.. dalam RM31 saja. Kalau kt Mesia, masuk Manhattan Fish Market @ Seoul Garden @ Victoria Station pun dah damage ± RM50 sorg. Kalau dh kedeks sangat, toksah makan kt luaq negara, p makan nasi mandi kt blkg USM sudeh. Sepinggan 12 ringgit boleh makan 2 orang. (portion pak arab) haha.

Makan sushi yeay

Wasabi

Kekicap & Serbuk Matcha

Menu English

Crab Salad

Raw Salmon

Matcha tea

Salmon Roe

Cobaan meninggikan timbunan piring

Cod Roe

Raw Squid

Takoyaki Sushi

Pickles

Tuna Salad

Sweet Shrimps

Fermented Soybeans (Natto)

Daikisuisan

Posing seround depan kedai

Kemudian kami terus ke Nara, dengan JR. Sesampainya di Nara, kami pun berjalan2 sekitar Nara dengan harapan nk ke Nara Park, tengok rusa. Tapi sepanjang jalan nk ke situ, punya banyak kedai yang kami singgah. Beli souvenir la, kain la, mochi la, apa la.. sampai dkt park pun dah gelap, rusa pun dah tidoq pa.. haha.  So sambung balik sopping.

Sila cari kedai ni, morah la jugak

Temple kt Nara

Antara yg digantung-gantung

Senarai apa tak tau laa

Ujan pon posingg

Yg ni pun sama

Depan Pagoda

Pepokok menjalar

Nama temple ni kot

Satu Rusa

Dua Rusa

Tiga Rusa

Area temple gak

Lampu kot

Tangga, Sakura & Bendera

Shopping area di Nara

Lagi

Lampu-lampu

JR Nara Station

Dah habis sopping kami balik ke Osaka  & sempat singgah naik Umeda Sky Building yang tak jauh dari Stesen Osaka.. Kemudian kami balik ke hotel dengan hepinya. Ahaks!

Stesen Osaka

View atas Umeda Sky Building

Bandar Osaka

Lissa

Jue

Sherry

Fina

Aku

Mirul

 * Kam

Credit : Gambar bertanda (*) adalah hak milik Kamarul

Tip harini:
  • Kt sini sunset awai, so kalau nk jalan² tu baik kluaq awal, sebab bila dh kul 5, hari dah makin gelap. Jgn dok bajet mcm kt Malaysia kul 6 baru nk kluaq main badminton lagi, tp kat sini dh gelap, kedai pun banyak yg dh nak tutup. hehe
  • Dalam banyak² tempat yang kami p, Nara la tmpt yang kita boleh dpt sovenir morah². For ekzampel, t-shirt bodo² yang kt Laos aku beli 8 ringgit selai, kt Osaka almost 2000 yen. MR60++. Bageroo!! T-Shirt Ori HardRock pun ¥2600-3000 je. so kt nara boleh la dapat ¥1080 selai.. RM31 gak laa. Magnet plak 10 piece per pack harga ¥600+. Kalau kt Osaka dpt 3 piece saja dengan harga tu. So dh sampai Nara, beli siap².
Cerita hari ke 6 plak kat sini.
--- BERSAMBUNG ---

2 comments:

  1. slm knl.. boleh x bg direction kedai sushi tu?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kalau kita exit JR station. Sebelah kiri nampak starbucks, kedai tu sebelah kanan. Mmg boleh nampak dari exit JR tu.

      Delete