Assalamualaikum WBT.
Sebenaqnya, tatkala aku menaip warkah hina ini.. hati aku sangat lah sebak mengenangkan segala yg terjadi sepanjang 2014. Tahun 2014 ni bermula dengan baik sekali, pertama kali aku dpt merasa salji sejak aku dilahirkan ke dunia fana ni. Korea memberi 1001 kenangan manis. Sapa yg mengikuti blog ni, tau yg aku ni kaki terbang dan minat dengan penerbangan sejak dari kecik.
8 Mac, siapa yg boleh lupa apa terjadi pada MH370. Sampai ke hari ni masih tiada khabar berita. Kenangan pahit dan manis saling berganti, Sampai lah pada satu pagi, bulan Ramadhan aku dalam kereta nak ke ofis.. berita pasal MH17 aku dengar kat radio.. Menangis smp ke ofis. Rupanya ada beberapa org yg aku kenal dalam flight tu. Bertambah sedih la. Pada masa yg sama kita juga menangisi dan terkenang akan nasib saudara kita di Gaza yang dilanda peperangan.
Bulan berganti bulan, kesedihan sekali lagi menghantui kita, bila musibah banjir yg terjadi di Pantai Timur yg luar biasa. Tak pernah aku tgk banjir setinggi tingkat 3 bangunan sekolah. Tak terjangkau akal fikiran betapa dasyatnya boleh terjadi dengan air yg kita selalu bazirkan tu. Betapa besarnya kuasa Allah SWT dan betapa hebatnya dugaan buat saudara kita di negeri-negeri sebelah sana. Semoga mereka tabah.
Aku ingat tahun 2014 akan ditutup dengan kejadian banjir besar saja. Rupanya, pada 28 Disember, beberapa hari lagi saja kita nk melangkah meninggalkan 2014. Sekali lagi kita diuji dengan kejadian QZ8501, sedihnya.. Walaupun mangsanya, Airasia Indonesia, aku tetap tersentak sebab Airasia Indonesia (QZ) dan Airasia Malaysia (AK) saling berkait, route penerbangan juga sama-sama share. Kapal malang tu, PK-AXC pun selalu turun Penang untuk route PEN-SUB (Surabaya). In fact, mak ayah aku pun baru ja fly ikut laluan yg sama sebulan sebelumnya, PEN-SUB dan balik melalui CGK (Jakarta)-PEN. Berderau darah bila dengar berita ni. Masa mak ayah aku fly tu, mmg web & apps FlightRadar24 tu mmg xlekang dari aku la.. sepanjang flight aku cek, nk tau dah smp ka belum. Penutup 2014, turut terjadi adalah kejadian ribut di Balik Pulau yang cukup memberi peringatan buat kita semua.
Tahun 2014 berakhir dengan kedukaan dan keinsafan. Semoga kita sedar dan tak lalai. Jadi mari la kita semua sama-sama berdoa supaya Allah SWT temukan kita dengan MH370 dan semua mangsa dari penerbangan malang QZ8501. Al-Fatihah buat roh mangsa yg beragama Islam dan takziah buat kesemuanya. Kesian sangat pada ahli keluarga mangsa yg terlibat. Juga doa kita untuk banjir di Pantai Timur beransur surut. Yg terakhir sekali, doa untuk tahun 2015 yang bakal dihadapi ni, bermula dan berakhir dengan baik untuk semua umat manusia. InsyaAllah. Aamiin.
Terima Kasih 2014 untuk segala memori.
Selamat Datang 2015, semoga terus diberikan kesempatan dan rezeki untuk melihat dunia...
#AlFatihahBuatMH17
#PrayForMH370
#PrayForQZ8501
#StayStrong
#KeepFlying
Sekian.
--- TAMMAT ---
No comments:
Post a Comment