20.1.15

SABAH : AKU DATANG LAGI

15 - 17 JANUARI 2015

DAY 1
Trip ke Sabah ni sebenaq nya trip last menet. Perjalanan bermula dengan flight AK5322 dari Penang (PEN) ke Kota Kinabalu (BKI) dengan kapal 9M-AJA yang depart lebih kurang jam 1005. Cabin crew tu team Penang, so kalau dah trip dengan Mirul, kompem la krew tu kenal, dpt plak ketua FA, Ms Sakhti yg sporting & gila². Dapat la teh kopi free dan tour dapoq (galley). So, flight kami agak lancar dan lebih kurang jam 1235 dah sampai sana.

Boarding pass

Depan gate B7

Ni lah kapalnya

Ni Malindo

AirAsia.com

Cabin view mcm biasa

Area Ipoh kot

Ni mesti Kemeron

Sayap Part 1

Sayap Part 2

Ni sepli dgn DSLR

legroom kononnya

Teh percuma

3 orang staff Airasia

Tukang Sibuk

Selpi pelik


Smp dh KK

Kat KKIA Terminal 2, kami dijemput oleh Pak Long, kwn abg mirul yg mai hantaq keta dia utk kami guna kat sana memandangkan abg dia ada kt Penang, tgh cuti. Pak long tu bwk p makan lunch sat kat kedai makan di KK, kemudian dia balik rumah dan kami teruskan perjalanan sendiri ke Kundasang. Sepanjang perjalanan, hujan rintik² ja. Tapi kat sepanjang jalan di kaki gunung ni mmg berkabus tebal la.. slow juga la drive, lampu pun kena bukak, sebab bahaya kalau x buka lampu, takut keta depan tak nampak kita. Lebih kurang 2 jam drive, kami sampai di Mile 36 Lodge yang terletak di tengah-tengah antara Kinabalu Park dan Pekan Kundasang. Bilik kami menghadap ke arah Gunung Kinabalu, tapi disebabkan berkabus sepanjang hari, kami xnampak langsung puncak gunung sepanjang 2 hari kt sini. Suhu kat sini mmg best sepanjang masa kat sini lebih kurang 17-21℃ saja. Petang tu lepak ja kat bilik dan malam keluar cari makan sat kat Pekan Kundasang. Oh ya, sebelum terlupa, rate bilik ni RM130 ja.

Dari KK ke Kundasang

Berkabus

Sampai dah

Bilik yg simple, kipas pun tarrak

Balkoni

View blkg bilik

Depan bilik

View dari cafe & ofis receptionist

Makan kat sini

Area depan receptionist opis

Blok kami

Dinner kt sini

Makan ni 



DAY 2
Pagi ni dimulakan dengan brekfast di cafe Mile 36 Lodge, makanan disediakan simple ja, walopun tak la mabelles sgt tp boleh la, ada roti bakaq dengan kaya, butter dan jem, Nasi goreng kampung dan juga Mee goreng. Teh & kopi layan diri. Kemudian, kami terus ke New Zealand aka Desa Cattle Dairy Farm. Tempat ni mmg sejuk dan cantik, bayaran masuk cuma RM 4 sorang. Kemudian kami meronda di tamu (ala2 pasar tani) di bulatan Pekan Kundasang. Pastu balik ke bilik untuk packing beg dan terus drive ke KK.

Gunung nampak sikit jaa di celah awan tu

Melawat lembu 

Lembu lagi
Moofie dengan lembu

Mcm kat New Zealand

Bertenggek kt atas pagar

New Zealand lg

posing tahapa-hapa

Depan kedai survenir

Bunga-bunga

Mirul & Makcik Zah

Sapa nampak? Burung dalam rumput

Tamu Kundasang

Tamu Kundasang lagi

Dalam perjalanan ke KK, sempat la tersesat ke Pekan Tamparuli dan ternampak Jambatan Tamparuli yg femes tu. Kemudian kami singgah di Rumah Terbalik yg terletak di Kg Telibong, Tuaran yg mendapat anugerah Malaysian Book of Records sebagai satu² nya rumah terbalik di Malaysia dan salah satu daripada 7 rumah terbalik di dunia. Bayaran masuk RM10, rumah ni unik, barang² dalam tu, segala tv, mesen basuh, mesen jahit, peti ais, komputer, katil, tong gas dan segala bagai barang rumah semuanya diletakkan terbalik, tp sori xboleh bergambar di dalam rumah, cuma kat luaq ja.

Tiket dan kancil terbalik

Depan rumah

Parking keta

JDX.. joho rupanya

Saya kuat

Side view

Depan rumah


Spiderman masuk toilet

Lepas sudah bergambaq sakan kt situ, kami teruskan ke pusat bandar KK utk check in kat Hotel Shangri-La,  uiinaa, biar betul ko ni ba, stay di Shangri-La. hahaha.. rupanya Shangri-La ada 2 kat KK ni, yg ni yg separa mewah, bukan yg kat Tanjung Aru tu.. haha. Rate bilik lebih kurang RM159 haha.. 

King size bed

Minibar Area

Jamban

Sopa area

Sesuiz lampu

Card key


View dari tingkap bilik


Malam tu aku dh berzanzi nk jumpa kawan lama (roommate) masa study Diploma dolu, Mardini Nurdin. Dah 10 tahun tak jumpa, last jumpa masa sebelum konvo. Hamik, bersawang dah.. haha. Mlm tu jumpa dia kat Centre Point, then dia bawak aku ngan Mirul p makan di Restoran Kampung Nelayan di Bukit Padang. Tempat ni lawa, restoran terapong kate ko. Meletup perut la makan steamboat. Lepas tu dia bawak kami p kat Kampung Air, utk sopping-sopping. Org sana cakap barang² di Kg Air lagi murah dari di Philipino Market. So terbeli la sedikit suvenir kt situ dan time tu dah dkt kul 12 tghmlm. So Dini hantar kami balik ke hotel. Masa nak kluar keta, dia bg satu kotak yg agak berat. Mak oi, sempat lagi budak ni p beli barang sekotak penuh utk bagi kat mak aku. alahaii.. seprais sgt. dah la blanja makan, bagi plak barang penuh sekotak. Dini ni kwn baik aku dulu², mak ayah aku mmg kenai dia, dan dia penah p umah aku masa cuti mid sem masa tu.

Setimbot



Lagie

Kawan lama itu.. Mardini


Kedai makannye

DAY 3
Hari ni dimulakan dengan bekfes kat cafe hotel. Makanan so so  jela.. Xla super sedap pun, setakat ni bekfes hotel yg plg sedap penah makan ialah kt Parkroyal Penang masa opis aku organize conference kat situ. Ok berbalik pada topik Sabah. Lps bekfes, kami ke Pasar Pilipin utk buat last minit sopping, nak beli keropok amplang, kopok idong, kuih cincin dan segala bagai. Kemudian balik ke hotel dan packing kotak² utk di bawak balik ke Penang. Bole tahan 3 kotak barang gak. Haha. So lebih kurang 1130 pagi, kami terus ke KKIA utk check-in dan drop beg serta kotak². Flight nombo AK5323, boarding lebih kurang 1245, kapal sepatutnya depart jam 120, tp disebabkan boarding process sangat laju mcm cheetah, lebih kurang 105-110 ptg kot, dah berlepas. Flight kalini, diketuai oleh FA Ms Sunita Kaur, yg boleh tahan sporting jugak.. So dpt la hotseat free, walopun kapal tu penuh. Flight ni pun smooth juga, lebih kurang  jam 320 dh smp Penang, 40 minit lebih cepat daripada jadual. Dah tu pakai aerobridge pulak, tak payah pijak tarmac, terus masuk bangunan terminal hehe.

9M-AQM kat KKIA



Onboard

Lawa view ni


Dh sampai Penang, 9M-MLD, mcm penah naik ja


Maka, dengan itu, tamatlah aktiviti trip pendek kali ni. Sekian.

--- TAMMAT ---

No comments:

Post a Comment