Malindo Air... "Not Just Low Cost" Katanya.. Bukan nk cerita pasal harga sebab kalau nk dibandingkan dengan Kunang-Kunang Airline (Firefly), mmg sah-sah si kunang tu jauh lebih mahal. Cheyy.. Malindo ni dok promosi bagai nak rak nih, pi India, pi Indonesia, pi Thai, pi Bangla, pi tah mana2 lagi aku xpeduli pon.
Nak di jadikan cerita, pada tanggal 16 Disember 2013, Senin, my bestfren dapat berita kematian tok dia kt Penang ni... apa lagi, dah la dpt berita sedih, membe pon tak pikir byk la dari opis terus balik rumah dia kt Kepong terus packing apa-apa patut n terus book tiket yg mana paling cepat dia boleh dpt la, maka dia TER-beli la tiket dengan airline yg konon bagus ni. Dengan segala rushing ke Airport Subang, sebab dia beli tiket kul 340 ptg OD1158 (SZB - PEN) klu x silap kod tu la.
Penat kawan lari laju2 takut terlepas flight, tadaaa.. DELAY katanya.. ok fine, DELAY xpa, tunggu sat.. dari pukul 340 melangkah ke pukul 440, DELAY lagi dan 540 pun tetap DELAY. Bayangkan la apa hati kawan kita rasa, igt naik flight tu cepat sangat la.. rupanya dah DELAY dekat 2 jam. OK pastu dah pukul 6 lebih dia bagitau flight CANCEL.. saya ulang... KENSEL!!!! Flight can't fix & no replacement flight!--katanya! Apakahhh???? Mengucap panjang kawan2 dpt berita tu.. Kesian kat BFF kami. Apa lagi dah tak reti2 nak terbang, mai balik refund la. Nasib baik kompeni ni jenis yg reti bayaq balik duit orang. Kesian kawan aku woi!
Tak tau camna dia contact sana sini, kebetulan sepupu dia (yg juga kawan sekolah aku) nk balik dengan keta, drive ngan adik dia skli. So depa balik sama2.. Sepatutnya sampai Penang kul 4.40 PETANG.. depa sampai kul 12 TENGAH MALAM! Sakitnya ati dengar dia cita. Nasib depa semua baik, tok depa akan dikebumikan pagi ni (17 Dis). So aku tak rekomen kawan2 pilih airline ni lps ni. Kalau ada connecting flight ngan airlines lain, kompem terlepas, kalau ada saudara meninggal pun mungkin dh dikebumikan pun. Baru ja aku nk try terbang ngan sarikat ni, nk review servis dia, xpayah la, my BFF dah kena on her 1st ever flight with this airline. MALINDO XBEST!!! Instead of 3 bintang, kita bagi 3 thumbs down kt depa! Sekian harap maklum dan Al-Fatihah buat arwah tok mami. Semoga tok mami ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sana. Amin.
--- TAMMAT ---
No comments:
Post a Comment