23.7.14

AL-FATIHAH BUAT MH17

23 JULAI 2014

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya Allah.. Berat sungguh dugaanMu buat hamba-hambaMu. Sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah. Ampunkanlah dosa-dosa kami. Amin.


9M-MRD yang sebenar dengan Livery Heliconia "Freedom of Space"

17 Julai, 7 pagi. Masa nak drive ke opis, mcm biasa buka radio la.. Dengar suara DJ lain macam nadanya.. Dari ERA FM, tukar channel ke HOTFM, sama juga nadanya... Hati yang tadi ceria dah mula berdebar, kemudian terdengar perkataan MH17. Ya Allah.. Takkan lah? Sekali lagi? Rupanya betul. terhempas lagi, kali ni ditembak. Terus mengalir air mata aku sepanjang perjalanan ke ofis. Tak dapat kubayangkan mcm mana benda ni boleh jadi sekali lagi.

Tak perlu la aku ceritakan semula atau kongsikan apa yg terjadi kerana semua sudah sedia maklum akan tragedi malang ini. Harapan aku, agar semua jenazah dapat di bawa pulang ke negara masing-masing dan biarlah perginya mereka ini bertanda dan berkubur untuk diziarah dan dikenang, bukan seperti MH370 yang hilang entah kemana. 

Kejadian kali ini juga sangat menyedihkan bila ada di antara mangsa adalah orang-orang yg kita pernah kenal dan tau siapa keluarga yang ditinggalkannya. Harap keadilan yang sepatutnya diberikan kepada mangsa dan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan antarabangsa.

Akhir kata, Al-Fatihah disedekahkan buat mangsa yang beragama Islam dan takziah kepada mangsa yang lain. Harap roh-roh mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Semoga keluarga mereka tabah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

#PrayForMH17
#JusticeForMH17
#RememberingMH370
#PrayForGaza

2 comments:

  1. sebak + sedih + sayu dgr / tgk berita psl #MH17.
    wlupun xdak sedara mara terlibat tp tetap terasa sedih.
    dah la nk dekat raya.. smoga kluarga terus tabah & sabar :'(


    salam kenai dari Anamizu.

    *tersinggah blog iwan ni sebab dok google pasal nama TEJA.
    tu yg terjumpak entry iwan pasal Icha tu hehe.. maaf no dok komen
    byk pulak kat entry yg ada Icha hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe, komen ler.. mmg blog ni utk dilawati dan dikomen. Saya ni dari kecik smp besar, rumah dekat airport, pastu saya kaki travel, sedih sangat bila teringat pasal nasib mereka, dan mcm mana keadaannya kalau saya yg berada kt tempat dorang ataupun family dorg. Saya kenal co-pilot MH17, junior saya kt sekolah dulu, 2 orang crew p'puan pun kawan/cousin kepada kawan2 saya. jadi kejadian MH17 lebih dekat di hati saya berbanding MH370.

      Delete