1.5.12

SINGAPURA DILANGGAR KKDS

28 - 29 April 2012

Apa benda la KKDS ni? Aha.. KKDS ni sbnrnya Kelab Kebajikan & Sosial PTPM. Kami arrange satu rumbongan cik kiah utk para ahli kelab ke Singapore pada 28 & 29 April. Untuk tidak memanjangkan cerita, kami bertolak pada 27 April malam dari USM dan sampai di JB pada pagi 28 April.

Day 1 (28 April)
Lps early check in, kami pun naik bas yg disediakan oleh hotel utk bwk kami pusing² Singapore. Dalam bas tu kami lalu Orchard Rd, kemudian di bawa ke area Marina Bay Sands, Merlion Park dan membeli belah cenderahari kat... alamak lupa nama tmpt tu la....

Singapore Flyer


Marina Bay Sands


Merlion





Lepas tu perut pun dah berkeroncong dangdut segala bagai, kami singgah di Zam Zam Restaurant di Arab Street utk makan tengahari, bersolat dan bersopping. Xnk cerita panjang, sbb ampa bukan nk baca sangat cerita, ampa nk tgk gambar² kan? So tgk la gambar² kt bawah ni..






Lepas tu, bas pun pulang ke JB sbb udah petang... Bas nk balik, balik la.. tp aku tak balik ikut bas, awal lagi maa.. di sebabkan rombongan kiah ni kami yg urus, kami dh bgtau kat semua ahli yg rombongan ni tak macam rombongan kekiah yg lain, di mana setiap ahli wajib ikut ke mana bas tu p. Ahli bebas utk bergerak sendiri di Singapore, asalkan reti balik ke hotel kt JB. So semua yg lain mcm xsemangat ja nk bergerk sendiri, so dorg semua ikut bas balik ke JB.. rugi sangat! So tinggal la aku, kak baidah & rass kutty meronda sama². Tgk ja gambar² kt bawah ni yg org lain tak dak, kami ja ada...



Singapore Art Museum


Malam tu kami balik JB dengan bas awam ja... tak susah, naik kat Queen Street Bus Station, bas tu akan terus smp Kompleks Imigresen JB, hotel kami dengan kompleks tu dekat ja, boleh jalan kaki saja.

Day 2 (29 April)
Harini kami akan masuk Singapore lagi, nk ke USS katanya... Erm sekali lagi, 2 mode of transportation di beri pilihan kepada para ahli, sama ada nk naik bas yg disediakan oleh hotel, RM30 return atau bas awam, RM5 pegi, SGD5 utk tambang balik. As usual utk org yg selamba mcm kami ni (aku, rass, kak baidah, reezal & pak syed), kami naik bas awam... bkn apa, nk belajar, lain kali reti la nk p sendiri, daripada dok mengekor bontot org ja, bila nk reti buat benda sendiri kan? Yg best, kalau nek bas awam, bleh balik lambat skit, x rugi bayo tiket memahal (SDG74 habaq kt ang) sbb bas hotel akan balik jam 5 ptg.. rugi part 2 pada yg follow bas tu. Ok ni tips utk yg nak beli tiket USS, sila beli online sbb bila beli online, kita dpt free voucher SGD5 utk merchandise + SGD5 utk F&B.. untun kan? K la panjang cerita plak, tgk ja gambar² ni...



Woodlands CIQ

Universal Studios Singapore






Transformers Water Tunbler






Istana Shrek




Kucin ka Arnab taktau la ni..

Scorpion King

Saturday Night Fever Tuu...


Malam tu kami balik bas kul 8, dari USS terus ke JB kalini kami di join oleh kak maznah & kak ara, makin ramai la, meriah...So sesampainya di hotel, kami amik beg & naik bas utk balik ke Penang. Smp USM jam 830 pagi (30 April) keesokan harinya... Sekian...


--- TAMMAT ---


No comments:

Post a Comment