21.3.12

SABAH LAGI : SEMPORNA DAN PULAU-PULAUNYA

3 - 7 Mac 2012

Aku mmg kaki jalan, travel tgk tempat orang mmg dh jadi hobi yg terpaling best. Satu lg menda yg agak best, kerja yang aku buat pun bleh bwk aku travel merata dunia. Ok la cukup la merapu. Kalini aku p Sabah lagi, kalau yg dulu tu p Kundasang & KK. tapi kalini aku ke Semporna pulak. Thn lps pada tarikh yg sama, aku p Medan, Indonesia, tp thn lps bulan Mac ja, aku dah cop pasporr aku 3 kali, thn ni belom laie..  kaming suun.. hehe

Oke post kalini xmo merpu meraban panjang², bagi sinopsis sudeh la kan & gambar dikecikkan, sbb ada terlampau byk gambar menarik nk share... selepas ditapis, diayak dan ditampi² tinggal 92 keping kot, ko ade?

Day 1 - The Journey
Ok tujuan utama, sebab jemputan kenduri kat umah membe di Semporna, dorang kaum Bajau, so adat dia lain la skit tu yg nk tgk sgt. So nak dijadikan cerita, aku mula perjalanan dr Penang (PEN) ke LCCT (KUL) dengan flight pagi kul 11 dan bekumpul kat LCCT dengan membe² KL, flight ke Tawau (TWU) kul 330 ptg. Kat bawah ni gambar² di LCCT dan dalam flight ke Tawau yg telan masa hampir 3 jam.




Oke lps smp di Tawau, singgah makan Sup Payau kt Bibik Corner depan airport Tawau, Payau tu apa? Hahaha, payau tu rusa la.. Ok lps tu drive sejam ke Semporna & check in kat sini, namanya Dragon Inn Floating Hotel. Bilik atas air, satu malam 66 hinggit ja. Terkedu? tak cukup terkedu lagi sila tgk gambar² sekitar hotel tu kat bawah ni.














Day 2 - Kenduri
Amacam? Sentap ke belom.. takpa². Aku akan sentapkan lagi hati ampa dengan gambar lain plak kat bawah ni jap lg..  tunguuu. Oke harini, i mean malam ni, kenduri kt umah membe tu.. Adat Bajau mmg lain dari melayu. tetamu kena menari, depa panggil "Tarian Mengalai". Pengantin, Mak ayah kedua²nya, adek bradek, makcik pakcik, tok lang tok chik, sepupu², jiran sebelah rumah mak yam dan jugak kawan² semua kena panggil menari, termasuk yg tulih blog ni. Takmo cite panjang tgk je ni.






Day 3 - Mabul & Kapalai
Arini pepagi dh mangun, smangat nk naik bot laju² ke Mabul & Kapalai... Tp cuaca sangatla tak mengebestkan pagini.. ujan manjang. Takpa² think positive, ujan = tak panas = tak memendungkan kulit anda! haha.. tapi yg x best, bot laju² menyebabkan air ujan menyucuk² muka mcm cucuk botoks pulak, satu macam punya kebas muka aku. Tapi sangat berbaloi² bila dapat berenang² beramai² dengan ikan² macam² warna. Dpt makan ketam besau² yg berharga 3 eko sploh hinggit and dpt view yang sangat sempoi. So enjoy la pic² nih...



























Day 4 - Mataking Island dan sepetang di pekan Semporna
Harini coca sangat santek, matahari pun tersenyum, awan² pun bergumbbirra.. tudia ayat bengong. Pepagi kami nek bot laju² lagi. Takmo cite panjang, tgk la gamba² sepanjang bot ride dan kat Mataking ni...






























Balik dari Mataking, kulit agak mendung walupun dh lumur sunblock mcm sotong celup tepong. hehe takpa laa, aku kesah apa, janji puas ati, nnt balik opis 2 minggu dalam ekon, cerah la balik. Ptg tu kami merayau² pekan Semporna yg kecik tu utk cari Mutiara, cari makan  dan cari pasal.. hehe..

Day 5 - Kebalikan ke Semenanjung Mesia
Erm. sat saja rasa duk kat Sabah 5 hari, dah nk balik. Pagi tu sblm balik kami ke Bandar Tawau dulu, makan Nasi Kuning yg femes tu, sblm balik KL, takut ada yg terjun dalam Batu Belah Batu Bertangkup sbb kempunan haha. Ni bawah ni gambar last kat Hotel tu dan jugak gambar nasi kunin tersebut setrta gambo kat airport Tawau.








Day 8 - Aiks? Balik Penang daa.. 
Haha.. Lps day 5 terus day 8? haha aritu balik KL ja, so kt KL mana la ada gambar2 yg nk ditunjuk pun, aktiviti pun biasa² ja.. Makan tidoq ja. hehe. Ada la p IKEA, tp tak payah la bergambar kot, ramai yg pernah p IKEA dah, makan mitbol sweedish dia agak sedap tu. hehe. K la, malam sabtu tu, balik ke Penang dengan Ketapi Malam (ADNS), bertolak kul 11 mlm smp Butterworth dalam kul 630 pagi, pastu naik feri & tunggu pak aku amik kat jetty, smp umah dlm kul 8, tgk Teja Alisya tersenyum dok tunggu uncle dia kat depan umah dengan opah dia.. hehe.. sekian berita kali ini. Ngebest gila kot! Enjoi gegambo di bawah ni... Over & Out!











Sekian, salam 1 Malaysia.

--- TAMMAT ---

No comments:

Post a Comment