20.1.16

SINGAPORE 2016

16 - 18 JANUARI 2016

Sapa kata main game takda faedah? Cakap!! Cakap!!! Aiiks? Apa kena mengena game ngan blog ni? Mmg kena mengena sangat!! Well kalau bukan sebab main game, aku xpi Singapore kali ni. Sebenaqnya, aku ada join satu online contest ni.. main game teka-teka jaa.. aku menang 4 hadiah teruih. Amacam?? Haha

Berikut adalah senarainya. Haha. 
  • 1 return tiket ekonomi class SilkAir (bole fly dari mana-mana destinasi Silkair ke Singapore dan balik). Ofcos amik PEN-SIN la dah umah aku kat situ. Takkan nk amik HKT (Phuket) -SIN kot? tak memasai aku nk kena p Phuket dulu.
  • SilkAir goodie bag yang dlm tu ada Cotton Recycle Bag (yg agak besaq), Pendrive  (yg aku x penah guna dan xpenah cek brp saiz kapasiti dia) dgn Travel Adapter. 
  • Hadiah ke-3 yg aku dapat, pun agak mahai, 2 tiket Singapore Zoo dengan Tram Ride, 2 tiket Singapore River Safari, 2 tiket River Safari Boat Ride. Nilai hadiah ni aku tak pasti tp kompem ratusan SGD gak la.. 
  • Last sekali yg aku dapat ialah diskaun 60% bisnes class SilkAir, yg mana aku x sentuh la.. 60% diskaun pun macam mahai gak laa.. 

Hambikk kau. Sebelum ni aku dah menang MAS punya enrich point ntah berapa ribu point ntah, pun sebeb game gak. Yg blom menang lg, KLM dengan Vietnam Airlines punya contest. OK, back to the setori. 

Day 1
Aku p Singapore ngan Mirul ja.. memandangkan Jue tak jadi join sbb ada agenda lain.. tetiba dia p Barli.. Haha. Pagi tu kami fly asing-asing. Flight aku MI345, Mirul naik AK751. Sampai kat SIN lebih kurang sama time la. 11am++.  Lps tu kami beli share 1 sim kad Starhub yg rega dia SGD15 dengan 100GB data. Utk senang kami nk cari jalan tatkala sesat (walopun tak sesat dlm Singapore yg kecik ni). Dh set personal hotspot bagai. Kami terus ke MRT Airport n topup kad Ez-Link masing2 dengan SGD20 (kad lama masih boleh guna, blom expired. Jimat disitu.). Dari airport terus ke MRT Kallang, dah smp tu ujan lebat kemain la plak. So terstuck la kt depan tangga stesen tu dekat sejam gak la.  Hotel kat area ni saja. Regin Hotel namanya. Bilik elok, wifi laju gila, dkt 20 MBPS, TV pun byk channel, boleh kata semua ok la. Aunty kat reception tu pun sangat friendly, dia tgk pasport aku dia kata kami sama birthday date. Sembang punya sembang, dia bg diskaun hotel 5 kupang.. hahahaha jadi lah.. So ptg tu aku p cari makan kat ZamZam. Pastu p kat Bugis St & then  Merlion Park sebelum balik ke hotel.

Boarding Pass & Passport

Tuuu dia dok standby dah SilkAir B737-800

Dalam Cabin

Sayap dan langit

Dan lagi

Masih langit 

SilkAir dok promo destinasi

Nampak dah singapora

SIA A380-800 tuuu

Menu wajib Zam Zam.. Murtabak

Masjid Sultan

Zam Zam Ala Kazam

Area Arab St

Lagii Zam Zam Ala Kazam

Bugis St

Cavenagh Bridge kt sblh Fullerton Hotel

Marina Bay Sands

Mek Lion

Day 2
Pagi ni kami nak p zoo. So naik MRT Kallang ke Ang Mo Kio, then dr situ naik bas nombo 138 terus ke Singapore Zoo. Tiket dah ada, printed so terus la masuk. Singapore Zoo ni punya open-ness concept ni mmg best la. Kalau nk bwk budak2 tgk binatang mmg best, ada sesetengah binatang tu dia biar bebas ja dalam zoo. Lg satu aku tgk, binatang kt zoo ni mcm berdisiplin laa haha. Mcm sentiasa ready n posing jaa bila org nak tgk depa. Lps kluaq Singapore Zoo, p plak sebelah dia kat River Safari, fuhh punya le best bila kita dpt tgk akuarium yg besaq gila depan muka. siap dengan dugong pn ada dlm tu. Kt sini depa letak Panda Gergasi. So dpt la tgk panda, x payah dh nk p zoo negara. Lps tu perut dh menyanyi berdondonag sayang. Terus naik Bas 138 balik ke Ang Mo Kio Interchange than naik MRT balik ke Bugis utk cari makan. Kt sini aku terjumpa kwn aku dari kecik, Miey Kuboq yang mmg dok kerja kt Singapore ni. Lps makan aku pun p lepak Bugis St, kemudian lepak plak kt Orchard Road sambil mengendap kedai perfume abg mus yg dh nk tutup tu.

Kt Ang Mo Kio Interchange

Bus stop depan zoo

Seposing depan entrance

Entrance Zoo & River Safari

White tiger tuu

Kora2, Labi2 @ Tung2?? 

Cik Jah

Animal show

Merajuk ka tuuu?

Fesyen musim tengkujuh

Tudung Mak Temah & Mak Bedah

Jibra

Ini Puma bukan Adidas

Anak Konda

Kora-kora gurgasi

Boya Ganges River

Red Panda

Giant Panda

Syukurla aku masih slim

Dah jom p cari makan

Bas dr Zoo ke Ang Mo Kio


Terjumpa Mamat ni kat sini plak


Day 3
Harini nak balik dah tp flight petang kui 6-7 ptg nuu.. So lps cekout, kami tinggaikan beg kat lobby hotel then teruih p Mustafa Centre kt Farrer Park Station. Memandangkan duit mcm banyak lagi, makanya terbeli la sebotoi perfume Davidoff The Brilliant Game 100ml yg berharga 49 SGD. Gila murahhh... xsmp RM150 pun. Aku beli kt Penang 30ml pun dah 99 ringgit. Lps tu kami ke Little India, cari makan kat Tekka Market. Sini makanan byk gila.. murah sikit dari area Arab St. Tp tempat ni panaih skit laa. Lps dh selesai makan, patah balik ke hotel utk amik beg n terus ke airport. Flight balik kami AK758 ngan MI354 yang depart lebih kurang sama time n sampai kt Penang lebih kurang 8++. Maka tamatlah aktiviti menyinga yg most expenses dibiayai oleh SilkAir. Tengkiu SilkAir, kalu ada contest lagi, sudi-sudikan lah bagi aku menang lagi. hehe

Last menet soping

Pengsan tgk harga.. jauh lg murah dr Mesia

Merayau dr terminal 2 ke terminal 1

Lepak tgk kapal terbang

Siap sedia nk balik dah

Antara hiasan-hiasan kt Changi

Kapal aku dah redi.. jom balik

Biru-biru cmni mmg ngantok

Video keselamatan

Sayap disenjakala

Atas langit

Dah gelap pun


Selamat smp Penang dahh..


--- TAMMAT ---

No comments:

Post a Comment