25.6.15

SABAH : MINI REUNION RAMADHAN

20 - 22 JUN 2015

Sabah lagi? Hehe.. Macam kampung halaman nombor 2 dah. Persoalan mulanya, nak p Langkawi ka nak p Kucen ka Kota Kinabalu? So Sabah menjadi poojaan hatiku. Kami beli tiket flight pada malam sebelum berlakunya Gempa 5.9 skala ricther yang menggemparkan negara kita. Buat apa nk paranoid dan cuak tak tentu pasal kan? bukan nk p panjat Kinabalu pun.. So ke Sabah kali ni dengan beberapa tujuan murni, antaranya; nak cari kerepek keropok raya, yg kedua nya nk jumpa kwn² lama utk bersungkai bersama² dan yg last skli nak cari aksesori² mutiara nk cari sikit income raya.

So fly dr Penang pagi sabtu tu. Pagi tu ujan punya la lebat smp bocor² la bumbung airport sampai flight delay stengah jam. Sampai KKIA lebih kurang jam 120tgh. Captain Melissa Nathan bawak flight mmg smooth.

Boarding Pass

AeroBridge Bocoq

Jetstar dari Singapore

Kat tgh Laut Cina Selatan


9M-AHP kt KKIA T2

Lps tu kami amik keta sewa kat brader achuk ni, keta saga puteh (RM250 utk 2 hari stengah). Terus ke hotel kat Putatan. Soluxe Hotel namanya, terletak atas One Place Mall. Ni gambaq kat bilik & sekitar hotel. 2 Malam RM234, pakai booking dot com. Dpt genius rate yg lagi rendah dari non-member, dan juga lagi rendah daripada normal member, sbb dh berkurun dok guna web dia.

Katil king-kong size

Sinki pun lawa

Jambs

Toiletries dok dlm kotak ni

Saja close up

View dari tingkap bilik

Tmpt istirehat

Entrance

Lagi sinki

Logo hotel

Non-smoking room! Bagus!

View waktu mlm

Hallway ke bilik

View dari lift lobby tingkat 6

Nombe bilik aku

Kolam lg

Patio kat lobby

dan lagi


Stesen keretapi Putatan dari atas parking hotel


Petang tu bukak posa kt Pasar Malam Sinsuran ja, then ronda² kt Pilipin Market, 1Borneo dgn Pasar Malam Kg. Air.

Seafoooooood

Ikan merah bakaq

Kerabu rumpai laut

Haa pilih pilih

Byk gerai

Sayap ayam yg femes d KK


Hasil laut yg berjaya dikaut


Disebabkan bulan posa, aku malas nk meronda banyk tempat, dah la KK tu panas, so plan aktiviti yg light² ja.. Esok harinya, tghri aku keluar dari hotel ke pusat bandar utk jumpa kwn baik aku time study dulu, Dini. Lps tu kami p Pasar Pilipin utk cari² kerongsang & butang baju melayu yg dipesan kawan² & makcik² kt semenanjung nuu.. Sesudah sopping, kami drive ke Kota Belud utk cari sorg lagi kwn baik kami, Uswa. Dia ni ada kedai makan kt pekan KB tu.. Nama kedai makan dia Dapur Raos, hidangan spesel dia ialah makanan dari Indonesia. Almaklum ler.. suami dia tokang masak, orang Indonesia gak. so authentic Indonesian food la tajuknya ni. Disebabkan kami sampai KB awal, kami lepak kt rumah Abg Remy (Mirul pny abg) dulu, dia pun duk kt KB... Pak Pulisi! Kerja sama balai dengan junior kami, si Farid.. Haha bersangkut² paut cerita ni.. Mulanya nk jumpa Farid sekali, tp dia blk Kg plak, so xdpt la. Sebelum ke kedai makan Uswa, kami sempat la pegi baza ramadhan kt Kb ni.. kecik ja.. makanan semuanya hampir sama.. so x beli apa², tgk ja.. Then, Abg Remy tunjukkan kedai Dapur Raos tu kat mana.. sebelum depa balik bukak posa kt rumah. Sesampainya depan kedai dah nampak Uswa dok lambai² kami berdua dengan eksaited sekali.. mana taknya dah 10-11 tahun tak jumpa weii.. Sebelum berbuka tu mmg panjang la cerita kami bertiga.. 3 pun 3 la.. walaupun x ramai tp tetap meriah mcm dulu. Berbuka kt sini aku makan Ayam Penyet dengan Jus Avocado dan dessert special kedai depa, Es Teler.. Sedap wei.. 1st time aku makan acovado.. sedap rupanya.. hehe. So malam tu kami balik ke KK dan lepak kat area Sinsuran dan lepas tu minum² kt kedai bawah rumah Dini, sebelum balik ke hotel.

Nampak Gunung Kinabalu yg dh luka

Uswa & Abrar

Es Teler

Ayam Penyet

Nasi Putih & Kurma

Kami ber3 geng dari 2001/2

Kami lagi

Dapur Raos

Ni sebahagian ja.. ada lg 

Hari last. Flight balik jam 750 malam.. banyak masa lagi ni.. apa nak buat? Lps check out, kami p terjah Pilipin market sekali lg nak beli barang last order org semenanjung. Awal lg ni, tak tau nk buat apa, kami p tgk Sopping mall baru, Oceanus Mall. Takdak apa sangat nk buat kt sini, so kami buat tour mall lain plak.. hehe. ke Suria Sabah, sopping mall ni ok skit. So sempat gak la kami tgk wayang kt GSC, cerita Minions.. haha.. Abis wayang terus p airport utk drop beg. Lps drop beg, kami p lepak kat Tanjung Aru dan buka posa kt Food Court di situ ja.. sebab jarak dia yg dekat dengan airport, dan tak jem. so lps makan boleh la lari ke airport utk boarding. Buka posa jam 634, kami makan dengan sederhana laju supaya leh abih sebelum kui 7. Sebab 7 suku kena balik ke airport n 5 minit lepas tu gate open dah pon.

Belakang Oceanus Mall

Pantai Tanjung Aru

Food Court Ni la

Gerai 40 ni sedap

Lemon Chicken

Sotong Tepung

Ikan Bakaq

Kailan Ikan Masin

Selamat Bersungkai!


Sebelum boarding, Mirul sempat cek system, sapa crew yg akan bwk kami balik Penang (staff AirAsia kan, so leh la cek semua tu). Tgk list, Captain Melissa lagi.. SFA pulak, rapat dengan dia, Abg Hasniman.. kapal pun tak full.. so Hot Seat tu kami punya.. nak duduk kat mana pun hang duduk la... free.. hehe. siap belanja air mineral sorang sebotoi dengan Pineapple Tart yg sedop!
So lebih kurang 1020, kami pun sampai la kt Penang dengan selamat.

Seat row 3

Abg Man (SFA) belanja

Sampai dah

Amik beg, p balik.. hehe

TQ AirAsia, TQ Geng Sabah! Kita jumpa lagi yaa!
Sekian.


P/s: Siapa Mardini Nurdin & Uswatun Hasanah ni?
Dua org makhluk tuhan ni adalah sahabat paling rapat masa aku buat diploma utm dulu, tp semua course lelain DDC, DCK & DDW. Belajar, berjalan, makan, bersukan, bersahur, berpuasa, berbuka.. pendek kata semua aktiviti kami buat sama. Geng kami ni bkn lah 3 org ni saja, ada beberapa org lagi di KL/Selangor, Labuan, Johor, Pahang, Sarawak & Singapora tp yg ni cawangan Sabah.. hehe sekian info.

--- TAMMAT ---

No comments:

Post a Comment