15.6.11

CHIANG MAI THAILAND

4 - 7 Jun 2011 

Sawadeekap!!




"สุภาพสตรีและสุภาพบุรุษต้อนรับบนเรือ Thai Airways International" Tudia... Hang paham?

Meh nk translate, katernyer "Ladies & Gentlemen, welcome aboard Thai Airways International" Huh? Bkn pa.. ni festime aku naik Thai Airways. Destinasi dituju ialah Chiang Mai (CNX), p atas urusan keja. 

4hb tu pepagi subuh gelap gulita, aku dh terpacak kat Check- In Counter, Penang Airport. Selasai urusan, kami pon boarding la Thai Airways Int'nl B737-400 ke Suvarnabumi Airport Bangkok (BKK), kena transit kat situ, xdak flight direct PEN-CNX.



Muslim Meal provided on board. So, breakfast atas awan la aku pagi tu.. 2 jam kemudian kami sampai bangkok, ujan renyai² sambut ketibaan kami. Pastu kami kena tunggu flight satu lg yg nk ke Chiang Mai pulak, transit dalam sejam ja.. xla boring sangat. 


Pastu kami pun boarding Airbus A300-600, tak sangka sebesaq² kapal terbang ni pun penuh jugek... apa la yg ada kt Chiang Mai, smp ramai org nk p situ. Flight BKK ke CNX lebih kurang 50 minit ja.

Sampai sana, kami dibawak naik bukit apa tah, ada tokong siam ja pun, tmpt tu sejuk la juga, memandangkan kami p bukan musim sejuk, so Chiang Mai panas skit. Pastu kami p chekin kat Empress Hotel. Free and easy smp malam... Ada pasar malam dekat² ngan hotel tu.. so ptg ni kat situ la aku p. Dinner malam tu dekat area hotel ja.. kena jalan kaki dalam hujan lebat gila² payung dh la kena share, kuyup sebelah badan laa.. hehe



Pagi esoknya plak kena travel naik bas plak dlm 5 jam nk ke Phrae. Sblm tu kami p tgk cmna sutera dihasilkan kat satu kilang sutera kat sini.



Lps tu kami p tgk kilang leather plak.. kat sini mcm² barang kulit depa buat, kulit mcm² natang depa guna, ada lumbu, boya, kambing, bewak, gajah, ostrich dll... risau gk nk sntuh brg² kt c2, so aku tny depa, kilang depa ada kulit bab x? depa kata takda. hahh baru lega, bru brani nk pegang barang² di situ.

Lpas ke kilang leather, kami p kilang Jewelry terbesar di dunia n pastu ke Kilang proses madu. Aiskrim madu dia sedap!


Lpas tu mula la aktiviti kebas bontot ke Phrae. 5 jam kemudian, kami pun smpai n Check In kat Maeyom Palace Hotel. Mlm tu plak siap² utk dinner ngan pihak Wat Methangkarawas School kt dewan sekolah depa.

Esok pagi mula la aktiviti MOU antara USM, SKMH nagn skolah tu.. Kami dibawak berarak dengan beca dalam ujan.. (Ujan lagi). Kendian lps sain tu, kami melawat sekitar sekolah.

Lepas tu kami pun terus balik ke Chiang Mai.. Adoooi 5 jam lagi dalam bas... Smp Chiang Mai, kami check in balik hotel yg mula² sampai aritu. Malam tu lps dinner kami meronda pasar malam lagi, nasib baik x ujan.










Esok paginya, kami melawat kem gajah Mae Ping, naik gajah, bg makan kat gajah, tgk gajah menari, mandi, main bola, urut orang & mcm² lagi tentang gajah. Lps tu kami ke 

Ladang orked plak... puas tgk bunga² kami lunch n dibawa pusing² kat Royal Flora Ratchaphruek Garden.. bunga lawa² kat sini.. tp xbleh turun bas, bleh tgk dr atas bas ja. 



Pastu kami terus ke Chiang Mai airport utk fly balik n transit skali lg kat Bangkok, sblum fly balik ke Penang n sampai penang jam 10.30 malm... 


Sekian laporan saya cikgu!


---TAMMAT---


No comments:

Post a Comment