30 - 31 Julai 2011
Post kali ni menarik skit... Aku pasti ramai xpernah mai tmpt ni. Nama dia Keda Resort, lokasi dia kat Bendang Man, Sik Kedah. Pagi 30 tu, aku & kawan² aku dr KL drive dari Penang ke situ, dr PLUS Hiway, amik exit Sg Petani Selatan, pastu kat trafik lite simpang 4 giant tu, belok kanan dan terusssss ja.. pastu ikut signboard ke Sik kedah. Lps smp pekan Sik, masuk ke kanan dekat area pasar malam dia, terus ja smp la nampak Signbod KEDA Resort.
Ptg tu kami panjat bukit cari durian, kt sini, apa² buah yg kita nampak, kita bleh kait n makan sbb dia dh pakej dengan bilik chalet skali. Segala mak neka jenis buah bleh jumpa selain durian, ada moktan, langsat, setoi & mcm² lg. Mmg mcm tarzan la kami hari tu makan buah ja sepetang.
Lps penat makan buah, kami mandi sungai plak, sungai dia mmg best gila, lawa plak tu... Dh puas maandi manda, menyotong, menduyung, kuak terlentang, renang berirama semua siap, kami pun bersiap² nk ke pekan Sik, kebetulan haritu ada pasar malam, so tapau la dinner kt situ, bwk balik mkn kt bilik.
Esok pepaginya dh p cari durian ngan kait moktan. Best tpt ni kalau picnic ngan family.
So sblum balik tghri tu kami pun merayau² dan tangkap gambaq merata² sekitar resort ni...
So tahun depan bila musim buah, rasanya kami akan mai lagi kt sini... Mmg adventure la sbb berguling² jatuh masa nk turun bukit tu. Nk berkhemah pun best kt sini!
Masa balik tu kami ikut jalan Baling, pastu Kulim... naik BKE & singgah makan kt Puncak Mutiara Cafe sblm balik ke Island. Best tak trip ni? hehe... Sekian!
--- TAMMAT---