24.9.15

MABUHAY BORACAY

18 - 20 SEPTEMBER 2015

MABUHAY... Salam Satu Pilipin.. Yeahhh.. Bora-bora....

WOIII.. Tak payah nk Bora-bora sangat la.. Hingat ang kaya sangat mcm Hairul ngan Kek Nis? P Boracay sudeh... Murah skit.. hehe. Ok sblum tu mai nak ajaq ampa cara sebut nama pulau ni betul².. BORA-KAI bunyinya.. bukan BORA-"K". Paham? Bagus...

Baiklah saudara saudari.. cikebum cikebum.. Trip bermula pagi² buta. Kui 5 stengah dah terpacak kat airport. Flight dari PEN ke KUL (AK 6123) jam 6.50 pagi, Dengan SFA Kak Zah yg lead crew pagi tu, makanya sukati la seat mana hang nk dok pastu siap dpt ayaq milo lagi. Upahnya, 1 fridge magnet katanya.. hehe

Then flight dari KLIA2 (KUL) ke Kalibo (KLO) AK 608 bertolak lebih kurang jam 10.50 pagi n lebih kurang kul 3 sampai lah kat Kalibo. Pemandangan sebelum landed mmg cun habih. Kapal pun landed tepi bendang ja.. kerbau lembu ala² melambai² dok menyambut kehadiran kami. Kumusta po? katanya.. buleh cmtu? Haha. OK Lpas cop pasport segala bagai.. kluaq pintu airport ada byk khemah-khemah kecik, dok juai pakej island transfer. Ada macam² gak la.. nak yg Door-to-Door service ada, nk amik tiket bas/van saja pun bole, nk yg pakej ngan feri/bot saja pun bole. Kami amik tiket van + boat saja, lebih kurang PHP250 ataupun kurang dari RM25 (rate yg kami dpt ialah, PHP10 = RM0.93). Perjalanan dengan van dari Kalibo ke Jetty di Caticlan, amik masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan buleh la tgk kekampung² pinoy ni cmna.. xjauh beza dari siam ja aku rasa. So bila dh smp dkt jetty kena p bayaq Terminal Fee PHP100 dengan Environmental Fee PHP 75. Pastu kami naik bot yg dipanggil Bangka.. (bukan tua bangka, kutuk.. nak mampos tak sedaq diri..) Bangka boat saja namanya.. hehe. Perjalanan bot ni sat saja lebih kurang 10-15 minit saja. Dari Jetty naik saja tricycle (ala-ala tuk-tuk tuu). Kalau book satu tricycle tu lebih kurang PHP150 sebuah...kalau naik dengan org lain murah skit dalam PHP25-30 per kepala. Sila layan gambaq² kt bwh ni yg diambik sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah kak eton harungi...


Subuh-subuh dh kt airport

Pagi ni agak berjerebu

Matahari baru terbit

KLIA2 atas skybridge nk ke gate P

Selpi ngan kapal terbang, tp jerebu dok interprem. x malu hehh

Ramai yg tertipu dengan boarding pass ni hehe

Gate P12.. ujung sekali.. patah kaki

Arrival Card

Awan gebu

Lagi

Kt bwh tu New Washington (Khelas Nama)

Landing time

Sawah bendang kiri kanan runway

Landed pon

Antara A320 yg ada kt situ

Welcome to Kalibo

Sekitar Kalibo

Amboi bang lajunya rempit

Dalam Bangka

Mcm tu la rupanya Bangka ni

Senja dah pon padahal baru kul 4 lebih

So kami check in kat Aissatou Beach Resort. Hotel ni mmg lawa dan sunyi skit, xla bising mcm kt White Beach yg penuh dengan club, pub dan restoran tu. Lps mandi-manda, lapaq la pulok.. so decided la utk ke area White Beach utk cari makanan halal spt yg dibaca dalam blog-blog. Ronda punya ronda dari D'Mall sampai la kt area D'Talipapa... kt sini harga makanan n cenderahati lebih murah dari D'Mall. Ada satu market tetengah kawasan tu, kita boleh beli apa saja seafood n bagi kedai² kat sekeliling tu utk masak, sebab kebanyakan kedai makan di situ offer Cooking Service. Tgh cari kedai tu.. tetiba terjumpa Hafiz AF, kita pun tegor dan sembang² dgn dia n dia la yg suggest satu kedai akak ni yg jual makanan halal.

Belom apa-apa tunjuk jamban dulu.. penting tau

Shower pon

Ni pon, walaupun gambaq separa lucah kt dinding

Lepak D'Mall

Meriah

Jumpa mamat ni ngan pak nya pakcik suib hehe

Mabok-High katanya


Entrance D'Mall
Second day.. Celik-celik mata, bilik terang benderang.. igtkan dah d'herbs terlajak pengsan smp tgh hari.. rupanya baru pukul 6.45 pagi, cerah sungguh.. So pagi tu, breakfast simple ja.. Nasi goreng, teloq mata ngan ikan goreng kt kedai akak smlm tu. Nk dijadikan cerita masa baru smp kt kedai ni, ada la 3 org wanita muslimah ni tgh makan, sorg makcik dan 2 anak dara dia.. Kami tau depa ni mesti org Mesia.. tp depa igt kami dua ni Pinoy.. tp Pinoy 2 org ni cakap utara laa.. tekejut makcik.. org kmpung sndri rupanya.. makcik asal Kedah duduk Ipoh skrg. Anak² dia plak duk KL. Sembang punya sembang depa pun nk p Mt Luho gak.. so kami decide nak jalan sekali sebab nk save kos katenye.. So terus la kami cari tricycle n suruh mamat tu bwk kami ke Mt Luho, kemudiannya terus bwk kami ke Puka Beach sebelum patah balik ke D'Mall. Total PHP800 selepas nego. So sorg dalam PHP160 ja.. xsmp RM16 pon. Petang tu dok melepak kt White Beach saja.. Sblum balik hotel, singgah sat kt office tour agent, Southwest, nak book pakej Island Transfer utk balik esok paginya.. Kos 575 Pesos only mam.. Kos termasuk, van dari hotel ke jetty, jetty terminal fee, ferry berhawa dingin dan last sekali bas ke airport Kalibo.

Ni awal pagi dalm kui 8, mcm tghri

Balkoni besaq

View dari tepi balkoni

Satu lagi view

Bawah bilik

Guidebook free dari tuan hotel

Kad VIP ni bagi 10% diskaun kat byk kedai

Tangga depan bilik

Tempat landing-landing

Nama Hotelnya

Pantai depan hotel.. Bulabog

Lagi Bulabog Beach

Room available lagiii

Hotel sebelah

Bulabog Beach

Hotel sebelah menyebelah

Cari kedai halal kat D'Talipapa

Ni rupa kedai tu dari depan

Tricycle ke Mt Luho

View dari Mt Luho

Lagi View

Seposing di Mt Luho

Wefie pulop

View ke arah station 1

Signbod Mt Luho.. xfree kena bayaq PHP120 

Menyambung perjalanan

Perjalanan ke Puka Beach

Ni la makcik dan anak-anak nya ituu.. Meriahkan org Mesia?

Puka Beach

Puka Beach lagi

Lagi-lagi Puka Beach

Model Signbod Puka Beach

Ni satu lagi

Gerai cenderahati kt Puka Beach

Tgh Nego diskaun ngan mamat tricycle

White Beach

White Beach lagi

Depan Station 2

Station 2

Lagi kt White Beach

Ada lagi muka dia ni...

Jgn kata uncle tak payung.. besaq punya payung

Bar-bar dan pub-pub kt Station 2

Ok hat ni Office Southwest tmpt book island tannsfer tu

Papan tanda hotel

Malam tu kami p kat D'Talipapa n cari ikan siakap serta sotong kt market, kemudian minta akak kedai tadi tu masakkan utk kami. Total kos lebih kurang PHP700 je. Kt sini sapa yg terer tawar menawar kompem dpt makan murah nak mampos. Seafood dia mak oiii meriah betui.. So sapa yg nak beli souvenir.. kat sini la yg byk murah².. T-shirt 2 lai yg kualiti biasa² cap ayam gitu yg tulih "I love Boracay" tuu.. PHP150 - 180.. dalam 14+ hinggit lebih ja.. T-shirt budak² plak PHP200 dpt 3 lai...

Pagi ni.. checkout kul 9.30. Driver dr Southwest dah tercongok konon² macho depan hotel dok tunggu kami. Dari hotel naik SUV ke jetty, kemudian daftar kat khemah Southwest, dia akan lekat satu sticker kt baju kita dan bagi tiket terminal fee. Kemudian masuk ke tempt menunggu sampai la dia panggil masuk feri. Bila dh sampai kt jetty sebelah sana, kena daftar pulak kat ofis bas Southwest dan dia akan bagi kita kad boarding pass mengikut nombor bas. Dan bila bas dh redi nk jalan dia akan panggil kita naik ikut nombo bas bukan nombo kad pengenalan ye. Perjalanan ke airport lebih kurang Sejam hingga Sejam stengah mengikut aliran trafik dan juga jenih driver yg bwk bas tu Driver bas kami ni mcm arwah Paul Walker.. bedesupp... baru aku nak lena rupanya dh sampai airport.. chehhh... spoil.

Sesampainya di airport terus check in, pastu kena bayaq Airport Fee berjumlah 700 pesos, dan terus kena cop paspor dan masuk ke ruangan menunggu.. Airport ni mmg kecik dan boring.. ada la beberapa kedai cenderahati, kedai jual jus dan cafe² kecik.. Walopun rega makanan/minuman kt sini murah² compare dengan airport antarabangsa yg lain, tp sumpah x sedap langsung milk shake ice blended yg aku order tu, baik minum sirap bandung kt cafe depan opis aku hehe.. Ok jam 3.05 ptg kapal kami KLO-KUL AK609 pun berlepas.. Yg best masa tgh fly tu aku nmpak mcm Gunung Kinabalu.. so aku amik hp, bukak offline maps aku.. dengan best sekali tetiba GPS hp dpt detect aku yg ada kat ketinggian 35000 kaki tu.. so aku leh tgk kedudukan sebenaq aku.. jd mmg betul yg aku nampak tu Gunung Kinabalu.. Oh Sabah.. walopun tahun ni dah 2 kali aku sampai.. tp aku tetapp rindu Sabah!

Nak balik dah.. Babai pantai lawa

Babai lagi...

Hotel ni dpt Cert of Excellence dr Tripadvisor

Anjin ni, mula² seriau gak.. lama² dh ok ngan dia.. Babai anjin baik

Dkt Jetty dah

Dalam ferry

Ni Hah sticker Southwest tu

Menangkap ikan dalam ujan lebat

Boarding Pass Bas

Dlm bas nk ke Kalibo

Phillipines Airlines @ Kalibo

Cebu Pacific @ Kalibo

Bye Phillipines

View yg lawa

Gunung Kinabalu yg indah

Kedudukan kapal terbang kt offline map aku


Dah nak sampai KL

Sampai kat KLIA2 lebih kurang jam 6.40 ptg, makan merayau dan terbang balik penang kul 10 malam dengan AK6120... Makanya dalam jam 1050 dah sampai Penang dengan selamatnya. JEREBUUU...

Alhamdulillah, satu lagi trip berjalan dengan jayanya...


BAJET INDIVIDU (X Termasuk Flight, Shopping & Makan)

  • Hotel (2 mlm) - PHP 1600
  • Transport, Kalibo ke Boracay (Van, Taxes, Feri) - PHP 425
  • Transport, Jetty Ke Hotel (Tricycle) - PHP 75
  • Transport, Tricycle round pulau - PHP 160
  • Entrance fee (Mt Luho Deck) - PHP 120
  • Transport, Door-to-Door (Hotel ke Airport, All expenses paid - guna travel agent) - PHP 575
  • Airport tax - PHP 700 (penting ni.. kena bayar kat kaunter, bkn include dlm tiket flight tau)

** Kalau p island hopping, lebih kurang sorg MYR 80-100 (Pandai nego dpt murah)

So total ± PHP 3655 @ MYR 339


--- TAMMAT ---